Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis dilaporkan menawarkan pelan yang lebih murah kepada pelanggan setia mereka yang ingin beralih ke telko lain

maxis sabah sarawak plan-2

Maxis dilaporkan telah kehilangan banyak pelanggan disebabkan persaingan antara syarikat telekomunikasi seperti UMobile, Celcom dan Digi yang memperkenalkan banyak pelan prabayar dan pascabayar yang lebih baik dan dengan kuota internet yang lebih banyak ( pada harga yang lebih murah).

Persaingan ini adalah sesuatu yang menguntungkan rakyat dan sehingga kini Maxis masih belum bertindak balas terhadap tawaran terbaru daripada syarikat telko lain.

Walaubagaiamapun, Maxis telah memperkenalkan pelan pascabayar MaxisONE 68 yang hadir dengan 5GB kuota internet dan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian namun apa yang mengecewakan adalah, ianya hanya ditawarkan untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Bagi semenanjung Malaysia, Maxis menawarkan pelan yang sama pada harga yang lebih mahal iaitu RM 90 lebih mahal dibawah pelan MaxisONE 158.

Dengan pengenalan pelan yang sama pada harga yang lebih murah di Sabah dan Sarawak, ramai pelanggan Maxis ternyata berang dengan tindakan syarikat ini.

Dengan tindakan ini, adalah tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak pelanggan setia Maxis berpaling tadah ke syarikat telko lain.

Walauabagaimanapun, sebelum anda berpindah ke syarikat telekomunikasi lain , anda mungkin boleh menghubungi pusat perkhimatan Maxis dan terdapat kemungkinan Maxis akan menawarkan anda satu tawaran pelan yang lebih murah .

Penawaran ini adalah atas budi bicara pihak Maxis dan Maxis mungkin akan menilai dan menganalisa segala profil anda dengan syarikat ini sebelum memberikan anda satu tawaran yang lebih berpatutan.

berikut adalah maklumat pelan yang ditawarkan kepada pelanggan setia Maxis .

• MaxisONE 158 (5GB + Panggilan tanpa had (semua rangkaian) & SMS) – RM 68 tanpa kontrak
• MaxisONE 188 (7GB + Panggilan tanpa had (semua rangkaian) & SMS) – RM 88 tanpa kontrak 

Walaupun tidak dinyata secara rasmi, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ada pelanggan setia Maxis yang mahu beralih kepada syarikat telko lain ditawarkan pelan yang sama pada harga yang lebih rendah sekaligus menyebabkan mereka kekal dengan Maxis.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.