Oppo umum program bantuan khas banjir #OPPOCare4U – diskaun sehingga 30% untuk servis peranti Oppo yang rosak
Untuk memastikan pengguna setia Oppo yang terkesan akibat banjir mendapat bantuan yang setimpal ketika waktu ini, Oppo telah mengumumkan program bantuan khas banjir #OPPOCare4U
Di bawah program yang diumumkan ini, Oppo menawarkan diskaun sehingga 30% bagi pembaikan yang yang terpilih dan pembaikan mesti dilakukan didalam satu resit mulai 26 Disember sehingga 31 Januari 2022.
Berikut adalah kadar diskaun yang diberikan oleh Oppo untuk program #OPPOCare4U :
30% diskaun bagi alat ganti untuk model telefon pintar Oppo yang terpilih atau 20% diskaun bagi perkhidmatan penghantaran untuk pelanggan yang membuat temunjanji online send-in repair
Pengguna boleh terus ke pusat servis Oppo yang terdekat atau My OPPO Space untuk menghantar telefon pintar anda atau lakukan permohonan online send-in repair di https://support.oppo.com/my/send-in-repair/
Untuk menyemak kelayakan model telefon pintar Oppo anda, anda boleh mengunjungi pusat servis Oppo atau My Oppo Space atau melalui khidmat pelanggan atas talian https://support.oppo.com/my/service-center/,
Terma dan syarat di SINI