Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro mungkin tidak mempunyai slot kad SIM

Apple iPhone 15 Pro mungkin tidak mempunyai slot kad SIM 3
Apple telah memperkenalkan iPhone 13 Series pada bulan September yang lalu manakala tahun hadapan kita akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone 14 Series namun khabar angin mengenai Apple iPhone 15 Series juga telah mula dilaporkan.

Ianya dilaporkan bahawa model Pro dalam keluarga iPhone 2023 akan tampil dengan sokongan e-SIM sepenuhnya yang bermaksud tiada sebarang slot SIM fizikal.

Sumber yang melaporkan perkara ini juga mendakwa bahawa iPhone 15 Pro akan hadir dengan sokongan dwi eSIM yang membolehkan pengguna mempunyai dua talian pada satu peranti.

Perkembangan terbaru ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Apple mempunyai impian untuk menjadikan iPhone sebuah peranti tanpa sebarang port dan menyingkirkan slot SIM dilihat sebagai langkah pertama ke arah impian tersebut.

Walaupun Apple mungkin melancarkan iPhone dengan sokongan eSIM sahaja, Apple dijangka akan terus menawarkan iPhone dengan slot SIM fizikal di beberapa negara tertentu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.