Motorola dan Xiaomi akan lancarkan telefon pintar dengan sensor 200MP ISOCELL H1 pada tahun 2022
Pada bulan September yang lalu, Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 namun sehingga kini masih belum ada telefon pintar dengan sensor ini dilancarkan setakat ini.
Laporan terbaru daripada IceUniverse berkata bahawa telefon pintar dengan sensor 200MP ini akan dilancarkan tidak lama lagi namun ianya bukan telefon pintar Samsung.
Motorola dikatakan akan menerima penghormatan untuk melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor 200MP ini sebelum telefon pintar daripada Xiaomi menyusul selepas itu pada suku kedua.
Pengeluar sensor ini iaitu Samsung pula dikatakan hanya akan melancarkan telefon pintar dengan sensor 200MP pada tahun 2023 dan ianya mungkin digunakan pada Samsung Galaxy S23 Ultra.
Keperluan kuasa pemprosesan yang tinggi adalah satu isu yang akan dihadapi oleh telefon pintar dengan sensor ini dan masih belum dapat dipastikan samada Motorola atau Xiaomi telah berjaya mengatasi masalah ini.