Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung umumkan pembinaan kilang cip semikonduktor di Texas bernilai $17 bilion

Samsung umumkan pembinaan kilang cip semikonduktor di Texas bernilai $17 bilion 1

Samsung umumkan pembinaan kilang cip semikonduktor di Texas bernilai $17 bilion 2
Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan membuka kilang pengeluaran cip pemprosesan di Taylor, Texas , Amerika Syarikat yang bernilai $17 bilion.

Sebagai sebahagian daripada pelan pelaburan bernilai $205 bilion, kilang pengeluaran cip semikonduktor di Amerika Syarikat ini akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Selain itu, pembinaan kilang ini akan bermula pada tahun 2022 dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2024.

Samsung umumkan pembinaan kilang cip semikonduktor di Texas bernilai $17 bilion 3

Selepas menilai beberapa lokasi dalam A.S. keputusan untuk melabur di Taylor adalah berdasarkan pelbagai faktor, termasuk ekosistem semikonduktor tempatan, kestabilan infrastruktur, sokongan kerajaan tempatan dan peluang pembangunan komuniti.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.