Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini One UI 4 kini ditawarkan untuk pengguna Samsung Galaxy S21 Series di Malaysia

Kemaskini One UI 4 kini ditawarkan untuk pengguna Samsung Galaxy S21 Series di Malaysia 3
Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran generasi terbaru antaramuka syarikat ini iaitu One UI 4 dan ianya akan ditawarkan kepada Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan  Galaxy S21 Ultra 5G mulai 25 November.

One UI 4 adalah generasi terbaru UI Samsung yang tampil dengan pilihan penyesuaian baharu, ciri privasi dan akses kepada ekosistem Samsung yang sentiasa berkembang, One UI 4 memberikan pengalaman mudah alih yang lebih tinggi.

POne UI 4 membolehkan anda menyesuaikan pengalaman mudah alih tersuai untuk memenuhi keperluan unik anda dan keperibadian anda.

Berikutan itu, Samsung turut membawakan ciri privasi dan keselamatan terbaharu melalui One UI 4, jadi anda boleh memilih dengan tepat apa yang ingin anda kongsi atau simpan.

Tambahan pula, One UI 4 juga membantu anda memanfaatkan sepenuhnya ekosistem peranti wearable Samsung yang luar biasa dan aplikasi pihak ketiga sekaligus membuka pengalaman mudah alih yang lebih berkuasa untuk pengguna.

Selepas Samsung Galaxy S21 Series, One UI 4 akan ditawarkan kepada telefon pintar Galaxy S, Galaxy Note Series, Galaxy A Series, Galaxy Z Series dan tablet.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.