OPPO Reno6 Z x Shiseido Gift Box akan dilancarkan pada 2 Disember ini
Oppo Malaysia telah mengesahkan satu kerjasama dengan jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit global Shiseido untuk melancarkan OPPO Reno6 Z Limited Edition Gift Box.
Oppo Reno6 Z ini hadir didalam satu kotak edisi khas yang boleh digunakan semula sebagai kotak barang kemas atau bekas untuk menyimpan produk penjagaan kulit anda.
Selain itu, Oppo Reno6 Z yang tampil didalam warna Reno Glow Aurora juga disertakan didalam kotak dan terdapat beberapa barangan istimewa yang disertakan di dalamnya.
OPPO Reno6 Z x Shiseido Gift Box ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember ini.
ULASAN : OPPO Reno6 Z – Peranti Midrange 5G dengan Reka Bentuk Premium