Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan hadiah percuma eksklusif dengan pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3


Musim percutian yang bakal tiba mungkin adalah waktu terbaik untuk anda menukar telefon pintar dan tawaran menarik daripada Samsung ini mungkin sesuatu yang menarik minat anda.

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa mulai 23 November sehingga 31 Disember 2021, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Samsung Galaxy Z Flip3 5G akan disertakan dengan hadiah percuma yang menarik.

Bagi pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G 256GB (RM 6,699) atau Samsung Galaxy Z Fold3 5G 512GB (RM 7,099) anda akan menerima Galaxy Z Fold3 5G Flip cover dengan S Pen yang bernilai RM 399.

Selain itu, bagi pembelian Samsung Samsung Galaxy Z Flip3 5G 128GB (RM 3,999) atau Samsung Galaxy Z Flip3 5G 256GB (RM 4,199) anda akan menerima Samsung Galaxy Buds2 bernilai RM 499.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh diketahui di Samsung Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.