Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE 2022 akan dilancarkan dengan sokongan 5G – seperti iPhone 8


Telefon pintar bajet daripada Apple iaitu Apple iPhone SE akan menerima generasi baharu pada awal tahun 2022 dan ianya akan hadir dengan reka bentuk seperti Apple iPhone 8 yang mempunyai skrin paparan 4.7-inci dan sokongan 5G.

Laporan ini dikeluarkan daripada sumber dalaman industri Rosa Young yang menafikan dakwaan bahawa generasi Apple iPhone SE yang seterusnya akan hadir dengan reka bentuk berasaskan iPhone XR dan paparan LCD.

Selain itu, penawaran rangkaian 5G pada model iPhone yang paling murah sudah pastinya akan menjadikan telefon pintar ini sebagai satu model yang popular khususnya di pasaran membangun.

Selain itu, Apple iPhone SE pada tahun 2024 pula dikatakan akan tampil dengan skrin paparan LCD yang lebih besar iaitu antara 5.7-inci hingga 6.1-inci dengan lubang punch-hole.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.