Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google umumkan semua peranti Android 12 akan menyokong pemindahan sejarah bual WhatsApp dari iPhone


Pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Z Series beberapa bulan lalu, Samsung telah mengumumkan bahawa anda boleh memindahkan sejarah perbualan WhatsApp dari iPhone kepada Samsung dengan lebih mudah.

Selain itu, ciri pemindahan sejarah perbualan WhatsApp ini kini telah dipanjangkan kepada semua peranti Google Pixel.

Dalam pada itu, Google telah mengumumkan bahwa semua telefon pintar yang dilancarkan dengan Android 12 akan turut mempunyai sokongan ciri ini dan ianya tidak terhad kepada peranti Samsung atau Google sahaja.

Cara pemindahan antara dua peranti juga amat mudah dimana anda hanya memerlukan kabel Lightning ke USB-C. Sambungkan peranti Android anda kepada iPhone dan mulakan proses tetapan peranti Android. Anda perlu mengimbas kod QR pada iPhone untuk membuka aplikasi WhatsApp dan memindahkan semua perbualan, media dan banyak lagi ke peranti Android.

Pemindahan data antara dua peranti berlangsung didalam keadaan yang selamat dan Google juga berkata bahawa ianya berkerjasama dengan WhatsApp untuk memastikan segala data adalah selamat dan tidak dapat diakses oleh sesiapa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.