Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo2 dan realme Pad akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Neo2 dan tablet realme Pad akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini.

realme GT Neo2

realme GT Neo2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel AMOLED daripada Samsung ini juga mempunyai kecerahan maksima 1,300nits dan kadar pensampelan 600Hz.

Dari segi prestasi, realme GT Neo2 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 870 yang merupakan satu-satunya cipset dipasaran yang mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 3.2GHz dan ianya dipadankan dengan 6/8/12 GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB jenis UFS 3.1.

Pada bahagian kamera, realme GT Neo2 mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Menyedari cipset Snapdragon 870 sahaja tidak mampu menyaingi telefon pintar gaming lain dipasaran, realme GT Neo2 juga telah dilengkapi dengan teknologi penyejukan gel yang mengandungi partikel berlian dan terdapat juga lapisan graphene gred industri aeroangkasa dan ruang penyejukan wap berukuran 4,129 mm persegi.

Ini membolehkan suhu operasi telefon pintar ini diturunkan sebanyak 18° yang juga bermaksud prestasi realme GT Neo2 adalah 20% lebih baik berbanding realme GT Neo.

Selain itu, realme GT Neo2 juga mempunyai mod gaming GT Mode 2.0 dan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.

Beralih kepada bateri, realme GT Neo2 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilengkapi pengecasan pantas 65W (0-100% dalam masa 36 minit).

realme GT Neo2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black Mint, Biru gradiasi dan Black.

realme Pad

realme secara rasminya telah melancarkan tablet pertama syarikat ini iaitu realme Pad.

realme Pad hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.4-inci dengan resolusi 2000 x 1200 piksel pada rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 6.9mm.

realme Pad hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB RAM,  storan dalaman 32GB atau 64GB dan slot microSD untuk tambahan storan.

Bercakap mengenai kamera, realme Pad memiliki dua unit kamera HD 8MP iaitu satu dibahagian belakang dan satu dibahagian hadapan.

Sebagai sebuah tablet multimedia, realme Pad juga memiliki 4 pembesar suara pada setiap sisi yang mempunyai sokongan Dolby Atmos ‘adaptive surround sound’.

Pada bahagian bateri pula, realme Pad hadir dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain melalui ciri reverse charging.

Seterusnya, realme Pad juga akan hadir dengan antaramuka realme UI for Pad yang berasaskan Android 11.

realme Pad akan ditawarkan didalam dua warna iaitu realm Gold dan realme Grey dan terdapat juga varian LTE.

Majlis pelancaran realme GT Neo2 dan realme Pad ini boleh disaksikan secara langsung di Facebook realme Malaysia  pada 3 November ini bermula jam 3 petang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.