realme GT Neo2T akan dilancarkan 19 Oktober ini
realme GT Neo2 telah dilancarkan pada bulan September yang lalu dan belum sempat telefon pintar ini dilancarkan ke pasaran antarabangsa, realme GT Neo2T pula akan dilancarkan pada 19 Oktober ini.
realme GT Neo2T akan dilancarkan dengan kolaborasi dari pada syarikat pakaian fesyen dan peralatan sukan Li-Ning.
Selain itu, realme GT Neo2T ini juga dikatakan akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200 yang lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 870 yang digunakan pada realme GT Neo2.
Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai realme GT Neo2T ini diketahui.