Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

The Grand Theft Auto : The Trilogy – The Definitive Edition akan dilancarkan pada platform Android dan iOS pada tahun 2022


Rockstar baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ianya akan melancarkan permainan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition lewat tahun ini yang turut termasuk permainan Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto Vice City, dan Grand Theft Auto San Andreas.

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan dilancarkan pada konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Microsoft Xbox Series X, Xbox Series S, Xbox One, dan Nintendo Switch manakala pada PC, ianya akan ditawarkan melalui Rockstar Launcher.

Apa yang lebih menarik adalah, Rockstar juga telah mengesahkan bahawa permainan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition juga akan dilancarkan pada platform Android dan iOS pada awal tahun 2022.

The Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan merupakan edisi ‘remastered’ ketiga-tiga permainan termasuk “penambahbaikan grafik dan cara permainan moden untuk ketiga-tiga tajuk, sambil mengekalkan penampilan dan elemen klasik dari seperti pada permainan asli”. The Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition juga akan menggantikan kesemua edisi permainan yang asal.

Maklumat lanjut mengenai The Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition  dijangka akan diumumkan didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.