Kemaskini Apple iOS 15 kini telah mula ditawarkan – berikut senarai peranti yang layak
Apple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi iOS 15, iPadOS 15 dan WatchOS 8 kepada pengguna peranti Apple yang sediada.
Kemaskini iOS 15 kini ditawarkan kepada pengguna iPhone yang terpilih dan senarai penuh model yang layak boleh dilihat dibawah.
Apple iOS 15 nampaknya tidak akan membawakan perubahan drastik dari segi penampilan dan Apple dilihat hanya telah menambahbaik dua ciri utama didalam iOS.
Menyedari kepentingan panggilan video ketika ini, iOS 15 akan membawakan FaceTime yang lebih baik kepada pengguna.
FaceTime kini akan membawakan Spatial Audio yang akan membolehkan bunyi yang lebih dinamik mengikut arah peranti iOS anda namun ianya hanya disokong dengan pemakaian AirPods yang terpilih.
Selain itu, kualiti audio juga telah ditambah baik dan pengurangan bunyi latar belakang juga dikurangkan dengan lebih efektif.
Dalam pada itu, FaceTime juga akan membawakan mod paparan Grid yang memaparkan semua peserta panggilan video ini selain mod potrait yang memberikan kesan potret ketika panggilan video.
Selain itu, iOS 15 juga akan membolehkan anda berkongsi link FaceTime ini seperti Google Meet dan Zoom dan anda boleh berkongsi link ini kepada pengguna iOS dan Android.
Ini juga bermaksud FaceTime akan ditawarkan kepada pengguna Android.
Selain itu, iOS 15 juga membawakan beberapa penambahbaikan pada aplikasi tertentu seperti ciri notifikasi pada home screen dengan paparan wajah, fungsi live text yang membolehkan perkataan pada gambar kini boleh di terjemah dan ditukar sebagai teks.
Akhir sekali, Apple juga telah mengumumkan senarai model iPhone yang akan menyokong iOS 15 dan ianya bermula dari pengguna Apple iPhone 6S dan ke atas.
Berikut adalah senarai model iPhone yang akan menerima iOS 15 :
iPhone 6s
iPhone 6s Plus
iPhone 7
iPhone 7 Plus
iPhone 8
iPhone 8 Plus
iPhone X
iPhone XR
iPhone XS
iPhone XS Max
iPhone 11
iPhone 11 Pro
iPhone 11 Pro Max
iPhone 12 Mini
iPhone 12
iPhone 12 Pro
iPhone 12 Pro Max
Sebelum melakukan kemaskini, anda disarankan melakukan backup terlebih dahulu dan terdapat dua cara untuk melakukan kemaskini iaitu melalui OTA (Over The Air) atau melalui iTunes
Maklumat Lanjut mengenai iOS 15 di SINI