Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia G50 5G dan tablet T20 akan dilancarkan pada 6 Oktober 2021


HMD Global telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran produk baharu akan diadakan pada 6 Oktober ini.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di akaun Twitter Nokia, terdapat susunan beberapa telefon bimbit dan telefon pintar bersebelahan dengan satu kotak peranti yang lebih besar yang dilihat sebagai petunjuk syarikat ini akan memperkenalkan tablet terbaru syarikat iaitu Nokia T20 bersama-sama Nokia G50 5G.

Nokia G50 5G merupakan sebuah telefon pintar entry-level dan ianya akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 4.8-inci, pemproses Snapdragon 480 5G, bateri 4,850mAh dan sensor utama 48MP.

Dalam pada itu, tablet Nokia T20 pula dijangka akan hadir dengan skrin paparan berukuran 10.36-inci, pemproses Unisoc, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Selain itu, tablet pertama Nokia sejak pelancaran Nokia N1 pada tahun 2015 ini juga akan hadir dengan sistem operasi Android 11 dan akan ditawarkan didalam versi 4G atau WiFi.

Jika anda tertanya tanya mengenai peranti flagship Nokia, ianya dijangka akan dilancarkan pada 11 November 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.