Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 17
Pada majlis pelancaran Apple awal pagi tadi, Apple telah memperkenalkan 4 model iPhone 13 yang mana dua daripada model ini adalah iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro yang buat pertama kali didalam sejarah membawakan teknologi paparan ProMotion 120Hz.

Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dilancarkan dengan cip A15 Bionic, Kamera Sensor-Shift OIS pada harga dari RM 3,399

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 18
Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max juga menampilkan reka bentuk takuk yang sedikit kecil berbanding pada generasi sebelum ini.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 19

Perubahan terbesar Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max adalah penggunaan skrin paparan Super Retina XDR berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci dengan ProMotion yang bermaksud kadar segar semula telefon pintar terbaru Apple ini mampu mencapai kadar segar semula sehingga 120Hz.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 20
Beralih kepada kamerq, Apple iPhone 13 Pro dan Apple iPhone 13 Pro Max hadir dengan tetapan tiga kamera 12MP iaitu satu sensor telefoto f/2.8, sensor wide f/1.5 dan sensor ultrawide f/1.8 dengan 120° fov.

Antara ciri kamera baharu yang diperkenalkan pada Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max adalah mod fotografi makro, rakaman video Cinematic Mode, ProRes dan banyak lagi.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 21

Pada bahagian pemproses, Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max hadir dengan cip A15 Bionic yang dikatakan sebagai pemproses terbaik dipasaran dan tiada sebab untuk kami menafikan dakwaan Apple ini.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 22

Seperti biasa, Apple tidak mendedahkan kapasiti bateri iPhone 13 Pro ini namun iPhone 13 Pro dikatakan mampu bertahan sehingga 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro manakala iPhone 13 Pro Max menawarkan sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding generasi tahun lalu.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 23

Akhir sekali, Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan hadir didalam 4 warna iaitu Sierra Blue, Silver, Graphite dan Gold.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899 24

Apple Malaysia telah mengesahkan bahawa iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 1 Oktober ini dengan harga seperti berikut:

Apple iPhone 13 Pro 128GB – RM 4,899

Apple iPhone 13 Pro 256GB – RM 5,399

Apple iPhone 13 Pro  512GB – RM 6,299

Apple iPhone 13 Pro  1TB – RM 7,199

Apple iPhone 13 Pro Max 128GB – RM 5,299

Apple iPhone 13 Pro Max 256GB – RM 5,799

Apple iPhone 13 Pro  Max 512GB – RM 6,699

Apple iPhone 13 Pro  Max 1TB – RM 7,599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.