Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maklumat Kapasiti Bateri Apple iPhone 13 Series di ketahui -iPhone 13 Pro Max mempunyai bateri 4,373mAh

Maklumat Kapasiti Bateri Apple iPhone 13 Series di ketahui -iPhone 13 Pro Max mempunyai bateri 4,373mAh 3
Selepas lama dinantikan, Apple secara rasminya telah melancarkan generasi baharu telefon pintar iPhone 13 Series minggu lalu.

Sebanyak 4 model iPhone 13 telah diperkenalkan iaitu Apple iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 1 Oktober 2021.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899

Seperti biasa, Apple mendakwa bahawa jangka hayat bateri iPhone 13 Series adalah lebih baik berbanding generasi sebelum.

Apple mendakwa bateri iPhone 13 Mini dan iPhone 13 Pro mampu bertahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro manakala iPhone 13 dan iPhone 13 Pro Max pula akan bertahan 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max.

Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dilancarkan dengan cip A15 Bionic, Kamera Sensor-Shift OIS pada harga dari RM 3,399

Berikut adalah kapasiti bateri Apple iPhone 13 Series :

Apple iPhone 13 Mini – 2,438mAh

Apple iPhone 13 – 3,240mAh

Apple iPhone 13 Pro – 3,125mAh

Apple iPhone 13 Pro Max – 4,373mAh

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.