Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip2 dijangka akan dilancarkan pada Julai 2021


Bermula dari pelancaran siri flaghsip Galaxy S21, Samsung telah menganjakkan jangka masa pelancaran hampir satu bulan lebih awal dan laporan terbaru mengatakan pelancaran siri telefon pintar foldable Galaxy Z juga dijangka berlangsung lebih awal berbanding tahun lalu.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Akhbar Korea Selatan iaitu TheElec melaporkan bahawa pelancaran Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip2 dijangka berlangsung pada bulan Julai.

Samsung Galaxy Z Fold3 dijangka akan hadir dengan skrin paparan LTPO yang menawarkan sensor capjari dibawah skrin dan sokongan S-Pen manakala bateri telefon pintar ini dikatakan sekitar 4,380mAh bagi memberikan profil reka bentuk yang lebih nipis.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold3 juga akan menggunakan skrin paparan utama berukuran 7.55-inci iaitu lebih kecil dari skrin paparan utama Z Fold2 yang berukuran 7.6-inci.

Buat masa ini pihak Samsung masih belum mengesahkan sebarang tarikh pelancaran siri Galaxy Z ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.