Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Samsung Galaxy S21 FE tertiris


Samsung dilihat belum selesai dengan siri Galaxy S21 dan dikatakan akan memperkenalkan Galaxy S21 FE sebagai model susulan kepada Galaxy S20 FE yang dilancarkan tahun lalu.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Leakser OnLeaks telah mengeluarkan lakaran reka bentuk Galaxy S21 Fan Edition ini dan ianya menampilkan reka bentuk yang sama seperti model lain didalam keluarga S21 namun perbezaan yang ketara adalah panel belakang dan modul kamera tampil didalam warna yang sama.

Selain itu, OnLeaks juga mendakwa bahawa telefon pintar ini akan mempunyai ukuran 155.7 x 74.5 x 7.9mm dan ianya juga menggunakan panel belakang “frosted glasstic” yang sama seperti pada Galaxy S21.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Samsung Galaxy S21 FE dikatakan akan tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci manakala pada bahagian kamera ianya akan tampil dengan tiga sensor kamera.

Dalam pada itu, jika mengikut Galaxy S20 FE, telefon pintar ini mungkin akan ditawarkan dengan pemproses Snapdragon 888.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.