Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Pro dan Legion 5 AMD kini di Malaysia – dari RM 6,099

Komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Pro dan Legion 5 AMD kini di Malaysia - dari RM 6,099 1

Komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Pro dan Legion 5 AMD kini di Malaysia - dari RM 6,099 2
Lenovo Malaysia telah mengumumkan komputer riba gaming terbaru syarikat ini iaitu Lenovo Legion 5 Pro dan Lenovo Legion 5 AMD kini ditawarkan untuk pra-pesanan di Malaysia dengan promosi yang menarik.

Mulai sekarang hingga 18 April 2021, peminat komputer riba gaming Malaysia boleh membuat pra-pesanan bagi Lenovo Legion 5 Pro (harga bermula dari RM6,799) dan / atau Lenovo Legion 5 AMD (harga bermula dari RM6,099) di mana-mana penjual Lenovo rasmi.

Komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Pro dan Legion 5 AMD kini di Malaysia - dari RM 6,099 3

Selain itu, setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,000 yang termasuk Kerusi Permainan TTRacing Surge, Baucar Steam Wallet bernilai RM200 dan barangan rasmi Legion.

Komputer riba Legion baru dilengkapi dengan ciri-ciri yang memberikan prestasi terbaik kepada pemain moden.

Komputer riba gaming Lenovo Legion 5 Pro dan Legion 5 AMD kini di Malaysia - dari RM 6,099 4

Beberapa ciri yang paling mencuri tumpuan adalah termasuk Pemproses Mudah Alih AMD Ryzen7 yang mampu menawarkan permainan video yang lancar, enjin AI Lenovo dan sokongan Dual Burn untuk framerate yang lebih baik, serta Lenovo Legion Coldfront 3.0, dengan pelbagai sensor terma untuk menghilangkan panas yang cepat.

Walaupun Legion 5 Pro dibina untuk mencapai had, Legion 5 AMD menawarkan pengalaman permainan peringkat teratas sambil mencuri tumpuan di mana sahaja.

Tempahan Lenovo Legion 5 Pro dan Lenovo Legion 5 AMD boleh juga dilakukan di :

Stor rasmi Lenovo (Lazada dan Shopee)

• Lenovo e-Exclusive Store (Lazada NBP dan Shopee TMT)

• Stor rasmi NVIDIA  (Lazada)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.