Vivo Y72 5G dengan cip MediaTek Dimensity 700 kini rasmi
Lewat malam tadi, Vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship Vivo X60 Pro dan Vivo X60 ke pasaran Malaysia pada harga yang bermula dari RM 2,699.
Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM
Selain itu, Vivo juga telah memperkenalkan satu peranti midrange di negara jiran kita iaitu Thailand dan model yang kami maksudkan adalah Vivo Y72 5G.
Vivo Y72 5G hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.58-inci dengan resolusi FHD+ dan takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 16MP.
Beralih kepada bahagian dalaman, Vivo Y72 5G tampil dengan cipset Dimensity 700 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala antaramuka yang digunakan adalah FuntouchOS 11.1 yang berasaskan Android 11.
Selain itu, Vivo Y72 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 18W dan sensor capjari dibahagian sisi.
Akhir sekali, Vivo Y72 5G juga hadir dengan sensor kamera utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Vivo Y72 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Graphite Black dan Dream Glow pada harga THB 9,999 (RM 1,332).
Vivo Y72 5G mungkin memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.