Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 15

Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarlan siri Vivo X60 ke pasaran tempatan dan ianya terdiri daripada dua model iaitu Vivo X60 Pro dan Vivo X60.

Siri Vivo X60 merupakan telefon pintar pertama dengan teknologi kamera yang dibangunkan bersama ZEISS.

Vivo X60 Pro+ kini rasmi dengan Snapdragon 888 & teknologi kamera yang lebih hebat

Kedua-dua telefon pintar siri Vivo X60 ini mempunyai reka bentuk yang sama namun mempunyai perbezaan dari segi storan, kamera, kapasiti RAM dan bateri.

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 16

Vivo X60 dan Vivo X60 Pro hadir dengan skrin paparan E3 AMOLED berukuran 6.56-inci yang membawakan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+(3D Curved pada model X60 Pro) , pemproses 870 5G dan antaramuka FuntouchOS 11.1 yang berasaskan Android 11.

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 17

Beralih kepada kamera, Vivo X60 Pro tampil dengan sensor utama 48MP Sony IMX598 yang disertakan dengan OIS 4-paksi, sensor ultrawide 120° 13MP yang turut menawarkan fungsi kamera makro, sensor telefoto 13MP dan sensor periskop 5x 8MP.

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 18

Selain itu, Vivo X60 Pro juga hadir dengan 12GB RAM + 3GB Extended RAM menjadikan jumlah RAM adalah 15GB serta 256GB storan dalaman.

Vivo X60 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Beralih kepada Vivo X60 pula, ianya hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 13MP selain bateri berkapasiti 4,300mAh.

Vivo X60 pula ditawarkan didalam konfigurasi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Harga penjualan Vivo X60 adalah RM 2,699 manakala Vivo X60 Pro pula ditawarkan pada harga RM 3,299

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 19

Pra-tempahan bagi kedua-dua telefon pintar ini kini dibuka sehingga 26 Mac dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 658 (seperti pada gambar).

Maklumat lanjut di SINI

Perbezaan Antara Vivo X60 Pro dan Vivo X60 seperti pada gambar dibawah :

Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 20 Vivo X60 Pro dan Vivo X60 kini rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 870 dan 15GB RAM 21

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.