Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei FreeBuds 4i akan ditawarkan di Malaysia mulai 27 Mac ini – RM 379 sahaja


Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa Huawei FreeBuds 4i akan mula ditawarkan di Malaysia pada 27 Mac ini dengan harga penjualan RM 379 sahaja.

Selain itu, Huawei juga telah mengumumkan bahawa anda boleh mendapatkan FreeBuds 4i ini pada harga RM 319 sahaja dengan menebus baucar diskaun bernilai RM 60.

Berikut adalah untuk anda mendapatkan diskaun RM 60 bagi pembelian Huawei FreeBuds 4i :

  1. Dapatkan baucar di Huawei Member Centre dan kunjungi HUAWEI Experience Stores & Partnered Store yang terpilih untuk pembelian (tebus di SINI)
  2. Tebus baucar dan beli FreeBuds 4i di Huawei Online Store (tebus di SINI)
  3. Tebus baucar dan beli FreeBuds 4i di Huawei Flaghsip Store di Lazada

Selain itu, Huawei Malaysia juga telah mengumumkan bahawa 3000 pembeli pertama FreeBuds 4i juga akan menerima casing secara percuma.

Huawei FreeBuds 4i akan ditawarkan didalam warna Ceramic White terlebih dahulu sebelum warna Carbon Black dan Honey Red memasuki pasaran tidak lama selepas itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.