Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Samsung Galaxy A72, Galaxy A52 dan Galaxy A32 di Malaysia kini diumumkan – dari RM 1,099 sahaja


Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan harga penjualan bagi tiga model Galaxy A yang dilancarkan baru-baru ini.

Tiga telefon pintar Samsung Galaxy A yang dilancarkan adalah Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Bercakap mengenai Samsung Galaxy A32, ianya merupakan satu-satunya model yang ditawarkan didalam dua varian iaitu 4G dan 5G.

Samsung Galaxy A32 versi 4G ditawarkan pada harga RM 1,099 manakala versi 5G pula ditawarkan pada harga RM 1,199 sahaja. Kedua-dua varian ini memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada Samsung Galaxy A52, hanya versi 4G ditawarkan di Malaysia iaitu pada harga RM 1,499 dan ianya adalah bagi varian 8/256GB.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy A72 4G pula ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ianya juga memiliki storan dalaman yang sama seperti Galaxy A52 iaitu 8/256GB.

Bercakap mengenai pilihan warna, keempat-empat model Samsung Galaxy A ini akan hadir didalam warna Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome White dan Awesome Black.

Selain itu, bagi pembelian yang dibuat dari 26 Mac hingga 30 April 2021, anda akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM 109 bagi pembelian Galaxy A52 dan Galaxy A72 manakala bagi pembelian Galaxy A32, anda akan menerima Soft Clear Cover yang bernilai RM 39 secara percuma.

Maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.