Oppo Reno5 F kini rasmi untuk pasaran antarabangsa pada harga sekitar RM 1,182
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo Reno5 F dan telefon pintar ini kini telah mula ditawarkan dipasaran global yang terpilih.
Oppo Reno5 F hadir dengan skrin paparan AMOLED 60Hz berukuran 6.43-inci (1080×2400) yang mempunyai kadar pensampelan sentuhan skrin 135Hz, kadar kecerahan maksima 800nits dan sensor capjari bawah skrin.
Pada bahagian belakang, Oppo Reno5F menampilkan 4 sensor iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 119° 8MP, sensor makro dan sensor monokrom manakala kamera selfie adalah 32MP.
Selain itu, Oppo Reno5 F hadir dengan cipset MediaTek Helio P95 berkelajuan 2.2GHz, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Beralih kepada bahagian bateri pula, Reno5 F mempunyai bateri berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan VOOC 30W dan terdapat juga antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11.
Oppo Reno5 F akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple demgan harga di Kenya 31,499 atau sekitar RM 1,182.
Reno5 F dijangka akan memasuki lebih banyak pasaran didalam masa terdekat.