Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei bakal mengeluarkan kereta elektrik sebagai pencabar kepada Apple Car

Huawei bakal mengeluarkan kereta elektrik sebagai pencabar kepada Apple Car 1

Huawei bakal mengeluarkan kereta elektrik sebagai pencabar kepada Apple Car 2
Selepas disenarai hitam oleh Amerika Syarikat, Huawei telah mula mempelbagaikan portfolio produk mereka dengan fokus sudah mula beralih dari telefon pintar kepada peranti wearables dan komputer riba sebagai contoh.

Kini, satu laporan terbaru mendakwa bahawa Huawei kini sedang merancang untuk mengeluarkan kereta elektrik dibawah jenama mereka dan mungkin melancarkan beberapa model sebelum penghujung tahun ini.

Tambahan lagi, Huawei telah memulakan proses reka bentuk kereta elektrik ini dan menghubungi pembekal.

Richard Yu, orang yang bertanggungjawab menjadikan Huawei sebagai jenama global kini dikatakan telah mengalihkan perhatian kepada kereta elektrik yang akan ditawarkan pada pasaran global dengan harga yang berpatutan.

Huawei dilaporkan sedang berbincang dengan Changan Automobile, sebuah entiti kerajaan China, BluePark New Energy Technology  dan pembuat kenderaan lain, untuk menggunakan kilang kereta mereka untuk pengeluaran kereta elektrik Huawei.

Walaubagaimanapun , jurucakap Huawei menolak rancangan untuk mengeluarkan atau menghasilkan kenderaan berjenama Huawei, dengan mengatakan bahawa “Huawei bukan pengeluar kereta.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.