Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P40 4G dengan Kirin 990 dilancarkan – hampir setahun selepas pelancaran Siri P40


Siri Huawei P40 telah dilancarkan kira-kita setahun lalu.

Walaubagaimanapun, ini tidak menghalang Huawei memperkenalkan Huawei P40 didalam varian 4G yang menggunakan cipset Kirin 990.

Huawei P40 4G ini telah dilancarkan di China dan perbezaan varian ini dengan versi 5G adalah cipset sahaja.

Huawei P40 hadir dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.1-inci dengan lubang punch-hole berbentuk pil yang menempatkan kamera selfie 32MP dan modul IR ToF.

Pada bahagian kamera, Huawei P40 hadir dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 16MP dan sensor telefoto 8MP dengan zoom optik 3x.

Selain itu, Huawei P40 4G ini juga hadir dengan EMUI 10.1 yang berasaskan Android 10.

Huawei P40 4G kini ditawarkan di China didalam dua pilihan warna iaitu Dark Blue dan Frost Silver pada harga CNY 3,998 (RM 2,502) iaitu bagi varian 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.