Jualan Shopee 12.12 Birthday Sale Kembali Untuk Merancakkan Ekonomi Pasca Covid-19
Walaupun ekonomi Malaysia kini sedang bangkit semula dengan unjuran pemulihan antara 6.5% hingga 7.5%* pada tahun 2021, pertumbuhan ini dijangka tidak menentu dan bergantung pada peningkatan kes Covid-19.
Shopee, semasa pelancaran 12.12 Birthday Sale telah mengumumkan beberapa langkah yang dilaksanakan bersama perniagaan yang berasaskan kedai fizikal atau brick-and-mortar businesses, organisasi amal dan juga para pengguna yang penting kepada kerancakan ekonomi Malaysia.
Shopee telah menerajui usaha untuk membawa masuk atau onboard lebih daripada 1,000 perniagaan yang secara tradisionalnya beroperasi melalui kedai atau lokasi fizikal.
Bersama dengan pusat membeli-belah, pawagam, kedai makanan dan minuman, stesen minyak, salon kecantikan, dan banyak lagi di seluruh negara, mereka berusaha untuk mengukuhkan ekosistem dan terus maju ke hadapan meskipun berada dalam keadaan ekonomi yang sukar.
Shopee juga mengumumkan kerjasama baharu dan akan datang sempena 12.12 Birthday Sale dengan rakan kongsi seperti:
Pusat Membeli-belah: Lot10, Quill City Mall, dan Tropicana Gardens Mall di Kuala Lumpur; Gurney Paragon Mall di Pulau Pinang, dan The Spring Mall di Sarawak
Pawagam: TGV Cinemas dan MBO Cinemas
Sektor Runcit: FamilyMart, Padini, Pandora, Mydin, Caring
Makanan & Minuman: Starbucks, Coca-Cola, Gong Cha, Kenny Rogers Roasters, Tealive
Kerjasama ini akan menyaksikan Shopee menggunakan kelebihannya untuk berinteraksi dengan pengguna atas talian secara serta-merta dan menggalakkan pembelian produk, tawaran set menarik dan baucar tunai.
Tambahan kepada tiket dan baucar, peruncit luar talian mampu mencapai pengunjung yang lebih ramai ke kedai mereka dengan sokongan pulangan tunai setiap hari hingga RM8 apabila pengguna melakukan transaksi menggunakan dompet mudah alih ShopeePay.
Shopee juga memperkenalkan rancangan permainan langsung baharu, Shopee Kotak Duit yang memberi ganjaran wang tunai hingga RM12,000 kepada pengguna.
Disiarkan di Shopee Live pada pukul 9 malam setiap hari Isnin hingga Khamis dengan sesi istimewa pada 11 dan 12 Disember, pengguna yang bertuah perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi peluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang disediakan.
Setiap kotak mengandungi nilai yang berbeza dengan nilai tertinggi berjumlah RM12,000.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Ulang Tahun, layari https://shopee.com.my/m/12-12