Siri Redmi Note 9 5G kini rasmi – Skrin Paparan 120Hz, 5G dan sensor 108MP pada harga serendah RM 618
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri Redmi Note 9 ke pasaran China yang mana sebanyak tiga model telah diperkenalkan iaitu Redmi Note 9 Pro 5G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 4G.
Redmi Note 9 Pro 5G
Redmi Note 9 Pro 5G menampilkan pengunaan skrin paparan FHD+ berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz yang menyokong 6 kadar bingkai berbeza antara 30Hz hingga 120Hz ( dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang).
Redmi Note 9 Pro 5G juga hadir dengan pemproses Snapdragon 750G, 6 atau 8GB RAM berserta storan dalaman UFS 2.2 yang dua kali lebih pantas berbanding UFS 2.1.
Beralih kepada kamera, Redmi Note 9 Pro 5G hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP (120°), sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP selain kamera selfie 16MP.
Selain itu, Redmi Note 9 Pro 5G juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,820mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 33W (0-100% dalam masa 58 minit sahaja).
Redmi Note 9 Pro 5G ini hadir dengan 11 antenna untuk penerimaan isyarat 5G, Wi-Fi dan Bluetooth yang lebih baik dan stabil.
Harga penjualan Redmi Note 9 Pro 5G di China adalah seperti berikut:
Redmi Note 9 Pro 5G 6/128GB – CNY 1,599 (RM 989)
Redmi Note 9 Pro 5G 8/256GB – CNY 1,999 (RM 1,237)
Redmi Note 9 5G hadir dengan pengunaan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U yang juga terbukti kehebatanya dan ianya juga dipadankan dengan storan UFS 2.1 selain kapasiti RAM 6 atau 8GB.
Selain itu, Redmi Note 9 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci dengan kadar segar semula 60Hz dan turut disertakan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Pada bahagian kamera, Redmi Note 9 memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP (118°) dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.
Selain itu, bateri yang dimiliki Redmi Note 9 5G adalah lebih besar dari versi Pro iaitu 5,000mAh namun hanya dengan sokongan pengecasan pantas 18W.
Redmi Note 9 5G menampilkan 7 antenna untuk isyarat perhubungan yang stabil, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo.
Harga penjualan Redmi Note 9 5G adalah seperti berikut :
Redmi Note 9 5G 6/128GB – CNY 1,299 (RM 804)
Redmi Note 9 5G 8/128GB – CNY 1,499 (RM 938)
Redmi Note 9 5G 8/256GB – CNY 1,699 (RM 1,052)
Redmi Note 9 4G
Selain itu, Xiaomi juga melancarkan Redmi Note 9 4G yang mempunyai skrin paparan (lapisan gelas keselamatan adalah Corning Gorilla Glass 3) dan kamera yang sama seperti versi 5G namun pemproses pada model ini adalah Snapdragon 662.
Selain itu, kapasiti RAM pada Redmi Note 9 4G bermula dari 4GB namun jenis memori masih kekal menggunakan jenis UFS 2.2.
Redmi Note 9 4G menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 18W, kamera selfie 8MP, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo.
Harga penjualan Redmi Note 9 4G adalah seperti berikut:
Redmi Note 9 4G 4/128GB – CNY 999 (RM 618)
Redmi Note 9 4G 6/128GB – CNY 1,199 (RM 742)
Redmi Note 9 4G 8/128GB – CNY 1,299 (RM 804).