Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G : Tips Untuk Mengambil Video Gred Pro & Gambar ‘Instagrammable’ Terbaik

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G : Tips Untuk Mengambil Video Gred Pro & Gambar ‘Instagrammable’ Terbaik


Pelancaran Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G pada bulan Ogos yang lalu telah menjadi lambang kepada kemajuan teknologi pada telefon pintar keluaran Samsung.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G adalah telefon pintar flagship impian yang mempunyai ramuan lengkap untuk menjadi telefon pintar pilihan anda untuk beberapa tahun yang akan datang.

Antara kelebihan yang dimiliki Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ialah ianya menawarkan anda skrin Dynamic AMOLED 2X Infinity-O dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses terpantas didalam sejarah telefon pintar Galaxy dan unit kamera yang boleh diangkat sebagai yang terbaik  dipasaran.

Pada era ini, kamera pada telefon pintar ini kini sudah melangkaui fungsinya sebagai satu alat mengambil gambar dan telah mula digunakan untuk kerja-kerja profesional seperti mengambil video beresolusi tinggi sehingga pada kadar 8K.





Berikut adalah cara-cara untuk anda mengambil video gred pro dan photo Instagram yang mampu membuat ramai terpegun.

Video gred pro Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G

Dengan peningkatan mendadak pengguna di platform media sosial seperti TikTok, Instagram , YouTube dan Vlog, pengguna kini sudah mula merakam dan menonton video menggunakan telefon pintar.

Untuk memenuhi keperluan ini, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G telah disertakan dengan sensor utama 108MP yang membolehkan anda merakam video 8K dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

Selain rakaman video 8K, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G juga menawarkan anda kebolehan merakam video pada pelbagai format iaitu dari HD hingga ke UHD.

Antara ciri terbaru pada Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ini adalah mod Pro Video yang memberikan anda lebih banyak kebebasan untuk membuat perubahan dan tetapan pada video yang hendak diambil.

Pro Video menawarkan anda beberapa tetapan yang pasti akan membantu untuk mengambil video dengan kualiti audio dan visual yang lebih baik.

Pengstabilan Video Super Steady

Sebagai satu telefon pintar yang lengkap, pasti ramai yang menjadikan Samsung Galaxy Note20 Ultra sebagai peneman setia bagi semua aktiviti dan ini termasuk bagi aktiviti lasak.

Fungsi pengstabilan mod Super Steady pada Samsung Galaxy Note20 Ultra memastikan video yang diambil oleh anda lebih stabil tanpa gegaran yang keterlaluan.

Apa yang menarik, fungsi Super Steady membolehkan anda merakam video aktiviti basikal gunung yang lebih lancar tanpa terlalu banyak gegaran akibat permukaan yang tidak rata.



Directional Audio Adjustment

Ketika membuat rakaman video, pasti ada keperluan untuk merekod bunyi dari pelbagai sudut.

Untuk itu, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G telah disertakan dengan 3 mikrofon pada dibahagian atas, bawah dan pada modul kamera yang membolehkan anda merekodkan audio yang lebih jelas dan lancar dari kesemua sudut.

Pada mod Pro Vieo anda diberi paparan langsung mengenai kelantangan audio dan anda boleh melaras arah audio secara terus dengan merekod audio melalui 5 mod seperti dibawah:

  1. USB – merekod audio menggunakan external mikrofon melalui sambungan USB-C
  2. Bluetooth – merekod audio menggunakan peranti bluetooth seperti Galaxy Buds+

Sebagai contoh anda boleh menggunakan Galaxy Buds+ sebagai pin mikrofon pada subjek yang membolehkan anda merakam audio subjek dengan jelas walaupun pada persekitaran yang bising dan jarak jauh.

  1. Omni – merekod audio dari semua sudut
  2. Front – merekod audio dari hadapan
  3. Rear – merekod audio dari belakang


Fungsi Video Zoom Kelajuan Terkawal

Menyedari kebolehan kamera yang dmiliki Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ini, Samsung juga telah menyertakan fungsi pengzooman yang lebih profesional dan lancar.

Dengan hanya menekan butang zoom (secara berterusan) ketika membuat rakaman video, kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra akan melakukan pengzooman yang lancar dan terkawal kelajuanya.


Selain itu, untuk kesan yang dramatik pada video, Samsung juga menyertakan fungsi zoom-in dan zoom-out yang pantas namun masih memberikan proses zoom yang lancar.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G juga menawarkan sokongan Space Zoom yang memberikan anda pemfokusan jarak jauh sehingga 50x

Rakaman Video 120Hz

Buat pertama kali didalam siri Galaxy Note, Samsung menawarkan rakaman video pada kadar bingkai 120fps yang menawarkan pengalaman video lancar pada skrin 120Hz.

Dengan 120Hz, kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G mampu mengambil video yang lancar walaupun terdapat pergerakan pantas subjek.

Selain itu, anda juga boleh mengubah kelajuan  video ini menjadi video gerak perlahan dan terdapat 4 tahap kelajuan yang ditawarkan iaitu pada kadar bingkai 1/4x, dan 1/2x selain kelajuan 1x dan 2x pada kadar 120Fps.


Cara Mengambil Gambar ‘Instagrammable’ 

Samsung Galaxy Note20 Ultra juga membawakan anda pelbagai fungsi kamera yang sedikit sebanyak akan membantu anda mengambil gambar yang ‘layak’ untuk dimuat naik pada akaun Instagram anda.

Dengan bantuan AI yang lebih menyeluruh, Samsung Galaxy Note20 Ultra disertakan fungsi Color Picking Portrait yang membekalkan pengguna beberapa koleksi gambar seperti yang diambil didalam studio.

Selain itu, fungsi My Filter pada Samsung Galaxy Note20 memberikan pelbagai fungsi tambahan seperti mengesan adegan penting didalam video, video durasi pendek dan cadangan BGM untuk video anda.


Motion Photo

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G juga mempunyai fungsi Motion Photo akan mengambil satu snipet video sebelum shutter ditekan yang boleh dijadikan sebagai video ‘GIF’ yang pasti memukau pengikut Instagram anda.


Mod Malam

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G juga hadir dengan mod penggambaran malam yang memberikan anda satu fungsi penggambaran yang mampu mempesonakan pengikut IG anda.

Mod malam pada Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G membolehkan anda mengambil gambar walaupun didalam keadaan yang sangat gelap dan tidak mampu dilihat pada mata kasar.



S Pen sebagai alat kawalan Shutter

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G adalah ianya hadir dengan stylus S Pen yang lebih berkuasa pada generasi kali ini. 

S Pen juga boleh digunakan sebagai alat untuk anda menekan shutter tanpa perlu menekan butang pengambilan gambar pada skrin telefon pintar.

Ini bermaksud pengambilan gambar potret keluarga yang termasuk anda atau gambar landskap dari jarak yang lebih jauh kini adalah satu kemungkinan. 

Dengan membuat tetapan masa pada aplikasi kamera, anda boleh meletakkan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G anda pada tripod dan menekan butang mengambil gambar terus pada S Pen.

Kesemua fungsi ini memastikan setiap gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G mempunyai asam garam yang mencukupi untuk dimuat naik pada akaun Instagram anda.

Kagum dengan kebolehan Samsung Galaxy Note20 Ultra?, ini adalah waktu keemasan untuk memiliki telefon pintar terhangat dipasaran ini.

Samsung Galaxy Note20, Note20 5G dan Note20 Ultra 5G masing-masing ditawarkan pada harga RM3,899, RM4,299 dan RM5,199. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Samsung Galaxy Note20, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note20/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.