LG memperkenalkan V10 – dwi skrin & dua kamera selfie
LG telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu LG V10 akan mula ditawarkan di pasaran Korea Selatan bulan ini. LG V10 hadir dengan pendekatan atau teknologi baru yang pasti akan membuatkan anda kagum. V10 hadir dengan satu skrin paparan tambahan dan dua unit kamera selfie.
LG V10 hadir ke pasaran dengan skrin paparan utama QHD 5.7-inci namun skrin paparan bukan sesuatu yang ingin kami perkatakan disini kerana LG telah memperkenalkan satu skrin yang akan unik dimana skrin paparan berukuran 2.1-inci akan sentiasa aktif dan menawarkan pengguna maklumat notifikasi dan pintasan ke aplikasi tertentu.
Tidak cukup dengan skrin paparan kedua yang unik, LG juga mencuba sesuatu yang baru dipasaran apabila membekalkan dua pasang kamera selfie. kedua-dua kamera hadapan ini mempunyai resolusi 5MP namun mempunyai kegunaan yang berlainan. Satu kamera ini akan berfungsi untuk mengambil gambar selfie anda manakala satu unit kamera lagi yang hadir dengan lensa lebar boleh digunakan untuk mengambil gambar selfie secara berkumpulan atau lebih dikenali sebagai ‘wefie atau groupfie’.
Selain itu, LG V10 turut dilengkapi dengan kamera 16MP f/1.8 yang hadir dengan teknologi pemfokusan auto laser seperti yang dimiliki oleh LG G4. LG turut membekalkan perisian kamera yang menawarkan kawalan manual yang lebih menyeluruh dimana anda kini boleh mengawal kekuatan suara pada video anda.
LG V10 hadir dengan reka bentuk berasakan rangka keluli manakala dibahagian hadapan, ianya dilapisi dengan Gorilla Glass 4 (dua lapis) manakala panel belakang LG V10 ini hadir dengan teknologi yang dikenali sebagai ‘Dura Skin’.
LG V10 turut hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 808, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, slot microSD, sensor pengesan capjari, Hi-Fi DAC, bateri berkapasiti 3,000mAh ( dengan teknologi pengecasan Quick Charge 2.0) dan sistem operasi Android 5.1.1 Lolipop.
LG V10 akan mula ditawarkan di Korea Selatan bulan ini dan akan hadir didalam 5 warna namun buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga dan penjualan model ini ke pasaran antarabangsa.