Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile & Digi kini membuka pendaftaran untuk iPhone 6s

apple-iphone-6s-register-interest-umobile-digi-1Syarikat telekomunikasi UMobile telah mula membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang akan memasuki pasaran tempatan pada 16 Oktober ini.

Selain itu, UMobile juga akan menawarkan iPhone 6s dan iPhone 6s didalam skim pembelian UMicro Credit yang membolehkan anda memiliki peranti terbaru Apple ini dengan lebih mudah dan hanya perlu membayar ansuran bulanan dengan kadar faedah yang sangat rendah.

Selain itu, maklumat yang kami terima daripada UMobile adalah, tempahan bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini akan dibuka minggu hadapan iaitu pada 9 Oktober sebelum penjualan bermula 7 hari kemudian.

UMobile dijangka akan menawarkan antara pelan paling mampu milik bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini dan pengguna pelan prabayar juga boleh memiliki telefon pintar ini.

Selain UMobile, , Digi juga kini telah membuka pendaftaran minat bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini dan anda boleh membuat pendaftaranya disini > Digi iPhone 6s

bagi syarikat telekomunikasi lain seperti Maxis, dan Celcom, mereka masih belum membuka pendaftaran minat namun telah mengesahkan bahawa mereka juga akan menawarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ini.

Untuk mendaftar minat bagi memiliki iPhone 6s melalui UMobile anda boleh layari laman web ini > UMobile iPhone 6s ROI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.