Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi SmartPlan kini dengan panggilan percuma tanpa had – dari RM 25

digi-unlimited-calls-smartplan-malaysia
Digi telah melancarkan pelan pascabayar terbaru mereka yang menawarkan panggilan tanpa had percuma dan disertakan dengan internet 4G LTE pada harga yang berpatutan.

Pelan ini yang dikenali sebagai SmartPlan mempunyai 4 pilihan yang menawarkan kuota internet dan panggilan yang berlainan.

digi-unlimited-calls-smartplan-malaysia

Bagi pelan SmartPlan RM 25, anda akan mendapat panggilan dan SMS tanpa had bagi 3 nombor Digi selain 1GB internet. Panggilan ke rangkaian lain akan dicaj sebanyak 20sen/minit.

Bagi pelan SmartPlan 45, anda akan menerima panggilan dan SMS tanpa had bagi 3 nombor Digi dan 2GB internet. Selain itu, anda juga akan menerima 50 minit panggilan percuma ke rangkaian lain.

Bagi pelan SmartPlan 65, anda akan menerima panggilan dan SMS percuma tanpa had ke 3 nombor Digi selain 3GB internet. Apa yang menarik pada pelan ini adalah,anda juga akan menerima panggilan percuma tanpa had ke rangkaian lain selain pengunaan WhatsApp dan WeChat tanpa had.

Bagi kami, pelan SmartPlan 65 dilihat sangat menarik kerana ianya menawarkan panggilan percuma ke semua rangkaian tanpa had.

Bagi anda yang berminat, sila langgani pelan ini dengan segera kerana pelan ini hanya akan ditawarkan sehingga 31 Oktober ini.

maklumat lanjut disini > Digi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.