Siri Apple iPhone 12 kini rasmi di Malaysia – 4 model dengan sokongan 5G pada harga serendah RM 3,399 sahaja
Apple secara rasminya telah melancarkan siri Apple iPhone 12 yang kini hadir didalam 4 model dengan saiz skrin yang berbeza dan lebih mustahak, tiada lagi adapter pengecasan dan airpods dengan pembelian iPhone 12.
Apple mendakwa bahawa ini akan memberikan kebaikan bagi alam semula jadi yang sangat luar biasa iaitu seperti menghentikan pengunaan 450,000 kereta setiap tahun.
Selain itu, Kesemua model Apple iPhone 12 hadir dengan cip pemprosesan Apple A14 Bionic yang didakwa 50% lebih berkuasa berbanding mana-mana pemproses lain dipasaran selain GPU yang juga 50% lebih pantas dan 5G juga ditawarkan pada semua model iPhone dengan pasaran Amerika Syarikat akan menerima model yang menyokong rangkaian 5G mmWave.
Reka Bentuk iPhone 12 adalah sama bagi keempat-empat model namun iaitu ala iPad Pro namun dengan kemasan yang berlainan. iPhone 12 dan iPhone 12 akan hadir dengan chasis berasaskan aluminium manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro menggunakan chasis keluli tahan karat yang lebih premium.
Apple iPhone 12 & iPhone 12 Mini
Apple iPhone 12 dan Apple iPhone 12 Mini berkongsi hampir kesemua spesifikasi kecuali saiz skrin dimana iPhone 12 hadir dengan skrin paparan Retina XDR berukuran 6.1-inci manakala iPhone 12 Mini hadir dengan skrin Retina XDR paparan 5.4-inci. .
Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini juga menampilkan teknologi dwi-kamera yang baru iaitu sensor 12MP yang menggunakan lensa 7P dan sensor ultrawide 12MP
Selain itu, Apple iPhone 12 Mini dan iPhone 12 juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 yang menawarkan kalis air pada kedalaman sehingga 6 meter untuk 30 minit.
Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini akan hadir didalam 5 pilihan warna iaitu hitam, putih, biru, hijau dan merah.
Seperti biasa Apple tidak mendedahkan kapasiti RAM dan bateri yang digunakan pada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini namun model ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar MagSafe.
Apple iPhone 12 Pro & iPhone 12 Pro Max
Apple iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro nampaknya tidak menawarkan skrin paparan ProMotion 120Hz yang amat dinantikan sebaliknya hanya disertakan dengan skrin paparan OLED Retina HDR yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini iaitu berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci.
iPhone 12 Pro menawarkan sistem tri-kamera yang terdiri daripada tiga unit kamera 12MP iaitu sensor utama yang mempunyai aperture f/1.6 dengan lensa 7P (prestasi low-light 27% lebih baik), sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 12MP yang menawarkan 4x zoom optikal dan sensor LiDAR yang berfungsi sebagai sensor depth namun lebih efektif walaupun pada waktu malam.
iPhone 12 Pro Max pula hadir tiga unit kamera 12MP iaitu sensor utama yang mempunyai aperture f/1.6 dengan lensa 7P (prestasi low-light 27% lebih baik), sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 12MP yang menawarkan 5x zoom optikal dan sensor LiDAR yang berfungsi sebagai sensor depth namun lebih efektif walaupun pada waktu malam.
Apple iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Graphite, Silver, Gold dan Pacific Blue.
Harga dan Penjualan di Malaysia
Apple iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone Pro Max akan ditawarkan pada kapasiti yang bermula dari 64GB sehingga 512GB.
Berikut adalah harga penjualan siri Apple iPhone 12
Apple iPhone 12 Mini 64GB – RM 3,399
Apple iPhone 12 Mini 128GB – RM 3,599
Apple iPhone 12 Mini 256GB – RM 4,099
Apple iPhone 12 64GB – RM 3,899
Apple iPhone 12 128GB – RM 4,099
Apple iPhone 12 256GB – RM 4,599
Apple iPhone 12 Pro 128GB – RM 4,899
Apple iPhone 12 Pro 256GB – RM 5,399
Apple iPhone 12 Pro 512GB – RM 6,299
Apple iPhone 12 Pro Max 128GB – RM 5,299
Apple iPhone 12 Pro Max 256GB – RM 5,799
Apple iPhone 12 Pro Max 512GB – RM 6,699
Tarikh penjualan Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Mini akan bermula pada 23 Oktober ( Pra-tempahan dari 16 Oktober) manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max hanya akan mula memasuki pasaran pada 13 November ( Pra-tempahan dari 6 November).
Tarikh ini adalah untuk pasaran utama dunia namun buat masa ini masih belum ada tarikh spesifik untuk pasaran Malaysia.