Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft Surface Pro X kini di Malaysia pada harga dari RM 6,999

Microsoft Surface Pro X kini di Malaysia pada harga dari RM 6,999 9
Microsoft secara rasminya telah mengumumkan
bahawa Surface Pro X baru kini ditawarkan di Malaysia menerusi wakil penjual sah komersial dan peruncit sah pada harga yang bermula dari RM 6,999.

Edisi terkini Surface Pro X menawarkan konfigurasi baharu yang termasuk pemproses generasi terbaru Microsoft dan kemasan Platinum baharu, aplikasi baharu, kapasiti bateri yang lebih tinggi dan meningkatkan prestasi bagi semua peranti Surface Pro X.

Microsoft Surface Pro X kini di Malaysia pada harga dari RM 6,999 10

Bagi pelanggan yang mahukan lebih kuasa, Microsoft telah menambah baik SKU Surface Pro X utama dengan memperkenalkan pemproses Microsoft SQ® 2 serba baharupemproses paling canggih dalam kelasnya dan kemasan Platinum baharu.

Surface Pro X menjanjikan pengalaman berasaskan web terbaik bagi Microsoft 365, Microsoft Edge, Netflix, Spotify dan banyak lagi, sambil menyokong beribu-ribu aplikasi Windows seperti Google Chrome, Firefox, danWhatsapp.

Pembangun aplikasi utama kini mengguna pakai Windows berlandaskan ARM, dengan mengambil kesempatan daripada kuasa dan prestasi Microsoft SQ®1 dan SQ®2 untuk membawakan pengalaman serba baharu kepada semua pelanggan Surface Pro X.

Microsoft Surface Pro X kini di Malaysia pada harga dari RM 6,999 11

Microsoft Edge dan Microsoft Teams kini juga dirangka supaya lebih pantas sambil menggunakan kuasa bateri lebih rendah dengan versi baharu dioptimumkan untuk Windows berlandaskan ARM, dengan rancangan untuk melanjutkan sokongan bagi pengendalian aplikasi x64.

Bagi syarikat pembangun perisian, kod Visual Studio juga telah dikemaskinikan dan dioptimumkan untuk Windows berlandaskan ARM.

Hasilnya ialah prestasi keseluruhan lebih pantas dan hayat bateri lebih panjang dengan Surface Pro X kini mempunyai hayat bateri sehingga 15 jam bagi kedua-dua konfigurasi.

Surface Pro X ialah peranti 2 dalam 1 yang paling nipis dan terhubung. 

Capaian kepada lebar jalur yang pantas dan boleh dipercayai untuk menyokong pembelajaran dan pekerjaan jarak jauh bagi berbilang penggunadalam satu isi rumah menjadi cabaran yang dihadapi ramai orang.

Dengan daya sambungan ultra pantas Gigabit LTE, pengguna Surface Pro X sentiasa akan mempunyai sambungan terus atas permintaan.

Microsoft Surface Pro X kini di Malaysia pada harga dari RM 6,999 12

Berikut adalah harga penjualan Surface Pro X

Microsoft SQ2, 16GB RAM, 256GB SSD – RM 6,999 (RM 7,205 untuk perniagaan)

Microsoft SQ2, 16GB RAM, 512GB SSD – RM 8,547 (Harga untuk pengguna belum diumumkan).

Aksesori

Papan Kekunci Surface Pro X Signature – RM 670

Surface Slim Pen untuk Surface Pro X – RM 660

Papan Kekunci Surface Pro X Signature dengan Slim Pen – RM 1,310

Surface Pro X baharu boleh didapati mulai 13 Oktober 2020 menerusi wakil penjual sah komersial seperti SoftwareONE and Prestariang Systems Sdn Bhd, dan juga peruncit sah seperti All IT, Gloo by SNS, Harvey Norman, Lazada-Microsoft flagship store, PC Image, Senheng, Shopee-Microsoft flagship store dan TMT by Thundermatch.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.