Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini
![Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini 1 Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G akan dilancarkan pada 30 September ini 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2020/09/6B5E449D-CC8C-423E-8AA9-AE1A1276A1D3.jpeg)
Telefon pintar Google Pixel 5 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini bersama-sama Pixel 4a 5G.
Walaupun penjualan Google Pixel 5 mungkin hanya bermula pada 15 Oktober manakala penjualan Pixel 4a dijangka akan bermula pada bulan November sahaja.
Walaubagaimanapun kedua-dua model telefon pintar Pixel ini akan dibuka untuk pra-tempahan pada 30 September ini iaitu pada hari pelancaran.
Menyentuh sedikit mengenai harga penjualan Pixel 5, ianya dijangka akan bermula dengan harga $699 atau sekitar RM 2,914.
Seperti semua telefon pintar Pixel yang lain, Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi dan anda mungkin harus bergantung kepada pengedar tempatan yang mengimport telefon pintar ini.
Google Pixel 4a kini rasmi – pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430