Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 4a kini rasmi – pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430

Google Pixel 4a
Selepas lama dinanti, Google secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar bajet mereka iaitu Google Pixel 4a dan seperti biasa tiada sebarang berita gembira bagi kita di Malaysia kerana telefon pintar ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 13
Google Pixel 4a hadir dengan skrin paparan OLED 5.81-inco yang menawarkan resolusi FHD+ 1080 x 2340px dengan tebukan punch hole yang menempatkan kamera selfie 8MP.

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 14

Beralih kepada kamera, Pixel 4a disertakan dengan satu unit kamera 12MP 2.55″ sensor dengan 1.4┬Ám pixels yang lebar dan aperture f/1.7. Kamera ini menawarkan semua sokongan yang sama seperti Pixel 4 iaitu Night Sight, Potrait dan Top Shot. Pengstabilan OIS juga disertakan pada telefon pintar terbaru Google ini.

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 15

Dari segi prestasi, Google Pixe 4a dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 730G yang dipadankan dengan 6GB RAM serta 128GB storan dalaman dan Google juga tidak menawarkan versi yang lebih besar (slot microSD pun tiada).

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 16

Beralih kepada penjana kuasa atau bateri, ianya menawarkan bateri yang sedikit kecil iaitu hanya 3,140mAh dengan sokongan pengecasan pantas Power Delivery 2.0 sehingga 18W dan bicu audio 3.5mm juga disertakan pada telefon pintar Google ini.

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 17

Google Pixel 4a akan ditawarkan didalam satu pilihan warna sahaja iaitu Just Black dengan harga $349.

Google Pixel 4a akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat, UK, Australia, Kanada, Perancis, India, Ireland, Itali, Jepun, Singapura, Sepanyol dan Taiwan.

Google Pixel 4a kini rasmi - pencabar utama iPhone SE dengan harga dari RM 1,430 18

Google Pixel 4a ini juga disenaraikan akan hadir didalam versi 5G namun status pelancaran versi ini masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.