Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad – 5 Sebab Kenapa Anda Harus Membeli Tablet Bernilai RM 1,399 ini


HUAWEI MatePad – 5 sebab kenapa anda harus membeli tablet terbaru HUAWEI ini.

Beberapa bulan lalu, HUAWEI telah memperkenalkan tablet premium HUAWEI MatePad Pro ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,399.

Tablet ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dipasaran Malaysia dengan unit pra-tempahan juga habis didalam masa beberapa jam sahaja.

Melihat kepada respon positif pengguna di Malaysia kepada peranti multimedia seperti HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Malaysia kini telah mula menawarkan HUAWEI MatePad dengan harga penjualan yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 1,399

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda harus membeli HUAWEI MatePad.

Skrin Paparan 2K

HUAWEI MatePad hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 10.4-inci yang menawarkan pengguna satu pengalaman skrin pada resolusi 2K.

Ini membolehkan setiap pengguna menikmati satu pengalaman skrin berdefinisi tinggi yang sangat imersif dan jelas.

Skrin paparan Huawei MatePad ini mempunyai resolusi  2000 x 1200 piksel dengan kepadatan piksel adalah 224ppi.

Bateri 7,250mAh

Apabila sesuatu tablet diklasifikasikan sebagai tablet terbaik untuk hiburan, jangka hayat bateri pasti menjadi aspek utama yang akan mempengaruhi keputusan pengguna.

Anda pasti sedia maklum bahawa HUAWEI MatePad disertakan dengan skrin paparan 2K yang besar selain pemproses Kirin 810 untuk tugas pemprosesan berprestasi tinggi.

Walaubagaimanapun komponen ini sudah pastinya perlu dipadankan dengan kapasiti bateri yang mencukupi dan HUAWEI telah menyertakan tablet MatePad ini dengan bateri berkapasiti 7,250mAh.

Quad-Speaker dengan Harmon Kardon

HUAWEI MatePad hadir dengan Histen 6.0 yang mampu menawarkan anda pengalaman audio 3D stereo yang setaraf tetapan home theatre di rumah

Tidak seperti kebanyakkan peranti Android di pasaran yang menyokong output bunyi dwi-saluran , HUAWEI MatePad menyokong output bunyi 4-saluran untuk memberikan anda pengalaman bunyi yang lebih baik ketika menonton drama siri kegemaran anda.

Ini menjadi satu kemungkinan kerana inovasi dan kajian R&D HUAWEI untuk melakukan reka bentuk semula sistem audio Android dan cipset pemprosesan audio pelbagai saluran.

Pembesar suara stereo beramplitud tinggi yang ditala oleh Harman Kardon mampu menghasilkan semula suara yang paling rumit dengan kejelasan yang sempurna.

Pembesar suara yang disertakan pada HUAWEI MatePad juga telah dibangunkan untuk membolehkan speaker driver lebih banyak ruang untuk bergegar berbanding pembesar suara lain.

Multi-Window dan App Multiplier

HUAWEI MatePad memiliki skrin paparan 10.4-inci yang menjadikan fungsi Multi-Window dan App Multiplieryang melengkapkan lagi pengalaman pengunaan tablet ini.

Dengan HUAWEI MatePad, melakukan rujukan, berhibur sambil berkerja dan banyak lagi menjadi kemungkinan yang tidak lagi terbatas.

Multi-Window menawarkan pembukaan dua aplikasi serentak pada skrin yang mana pengguna juga diberikan kebebasan untuk menetapkan sendiri saiz paparan yang digunakan antara dua aplikasi yang dibuka.

Fungsi Multi-Window pada HUAWEI MatePad adalah amat berkuasa dimana fail antara dua aplikasi juga boleh dikongsi secara terus melalui kaedah “drag and drop”

Huawei App-Multiplier

Tidak semua aplikasi yang menyokong mod landskap tablet dan pembukaan aplikasi ini pada mod landskap mungkin menjejaskan pengalaman pengunaan anda.

Disebabkan ini HUAWEI telah membangunkan fungsi App-Multiplier yang menawarkan pembukaan aplikasi pada mod menegak dimana anda boleh membuka sehingga tiga aplikasi pada satu-satu masa ( 2 aplikasi melalui Multi-Window + 1 aplikasi melalui App Multiplier).

Huawei Share

Perkongsian fail antara peranti HUAWEI kini menjadi satu proses pantas yang boleh diselesaikan didalam masa beberapa saat sahaja.

Dengan HUAWEI Share,HUAWEI MatePad kini boleh menerima dan menghantar fail dengan mudah iaitu hanya drag & drop.

Anda hanya perlu seret dan lepaskan fail, foto atau video antara dua peranti Huawei dengan proses pemindahan juga akan selesai sepantas kilat.

Multi-Screen Collaboration

HUAWEI MatePad juga disertakan dengan fungsi Multi-Screen Collaboration yang memberikan telefon pintar HUAWEI anda akses kepada komponen tablet Huawei MatePad seperti papan kekunci, skrin, mikrofon, pembesar suara dan kamera yang memudahkan lagi kerja anda.

Sebagai contoh, anda boleh mengawal papan kekunci Smart Magnetic dan HUAWEI M-Pencil untuk peningkatan produktiviti.

Koleksi media yang disimpan pada telefon pintar juga boleh dimainkan pada skrin tablet dengan bunyi dimainkan pada pembesar suara stereo yang dimiliki Huawei MatePad .

Sokongan Stylus M-Pen & Keyboard Cover Percuma

Walaupun mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan, HUAWEI tidak berkompromi didalam teknologi yang disertakan pada HUAWI MatePad.

Bersama-sama pembelian anda akan menerima papan kekunci magnetik folio yang memberikan anda pengalaman papan kekunci yang paling hampir seperti pada sebuah komputer.

Selain itu, HUAWEI MatePad juga membuka peluang kepada anda untuk menterjemahkan bakat lakaran anda dengan sokongan stylus M-Pen yang dijual secara berasingan.

Stylus HUAWEI M-Pencil pasti menjadi pilihan jika anda lebih kepada bidang yang memerlukan anda membuat lakaran seperti seni bina, seni rekabentuk dalaman atau idea dan projek.

Dengan berat hanya 14gram, M-Pencil menawarkan anda pengalaman penulisan yang amat selesa seperti pada kertas dengan tahap sensitiviti tekanan 4,096.

Kadar ketepatan penulisan dan responsif terhadap input yang ditawarkan oleh M-Pencil adalah antara yang terbaik dipasaran.

Pada harga RM 1,399, HUAWEI MatePad boleh dikatakan sebagai antara tablet mampu milik terbaik dipasaran dan ianya amat sesuai menjadi teman hiburan atau tempat anda menunjukkan  kreativiti anda.

Anda boleh mendapatkan HUAWEI MatePad sekarang di secara atas talian di Huawei Store, Lazada dan Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.