Xiaomi Redmi Note 3 kini di Malaysia melalui DirectD – dari RM699
Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan beberapa minggu lalu kini telah mula ditawarkan di Malaysia melalui pengedar DirectD.
Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, pemproses MediaTek Helio X10, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.
Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.
Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera selfie model ini adalah 5MP.
Reka bentuk Xiaomi Redmi Note 3 ini lebih elegan dan lebih ringan jika dibandingkan dengan Redmi Note 2 yang baru beberapa minggu lalu dilancarkan di Malaysia.
Xiaomi Redmi Note 3 ditawarkan dengan harga penjualan yang bermula dari RM 699 bagi warna kelabu manakala warna emas dan perak ditawarkan pada harga RM 799.
Beralih kepada versi 3GB RAM +32GB, warna kelabu ditawarkan pada harga RM 899 manakala warna emas dan perak ditawarkan pada harga RM999.
Sebagai pebandingan, harga penjualan Xiaomi Mi 3 yang diumumkan oleh Xiaomi adalah bermula dari CNY899(RM 594)bagi 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM dengan 32GB RAM pula dijual dengan harga penjualan CNY 1099 (RM 726).
Kedua-dua telefon pintar ini juga ditawarkan dengan jaminan waranti dua tahun daripada DirectD.
lakukan pembelian anda melalui DirectD di SINI