Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Touch ‘n Go eWallet lancarkan fasa kedua #JOMTEKSI


Touch n Go eWallet kini telah mengumumkan satu transformasi ekosistem #JOMTEKSI yang kini memasuki fasa kedua.

Fasa kedua ini hadir dengan beberapa program baru yang bertujuan untuk menyediakan ekosistem yang inklusif untuk pemandu teksi dan para penumpang pilihan untuk mobiliti tambahan ke destinasi mereka.

Majlis pelancaran #JOMTEKSI ini telah dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook.

Antara program dan insiatif baru #JOMTEKSI adalah seperti berikut :

#jomteksi touch n go ewallet

  • pengubahsuaian 5 perhentian teksi di sekitar kawasan Putrajaya dan Cyberjaya (Putrajaya Sentral, D’Pulze, Tamarind Square, Shaftsbury Square dan hadapan Universiti Lim Kok Wing) – setiap perhentian ini akan dilengkapi port USB yang dikuasakan melalui panel Solar.
  • TNG Digital telah berkerjasama dengan Cyberview Sdn Bhd yang membolehkan Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan platform untuk memulakan transformasi ekosistem teksi di Malaysia.

  • 22 buah teksi milik duta #JOMTEKSI yang dimiliki Wi-Fi 4G yang disokong oleh YES 4G.
  • 22 duta #JOMTEKSI ini juga akan menerima perkhimatan cucian kereta bulanan dari CARS International dan pelbagai elaun menarik.
  • Selain daripada 22 duta #JOMTEKSI, terdapat lebih dari 6,000 pemandu teksi yang menyokong pembayaran tanpa tunai Touch n Go eWallet.

Sempena dengan pelancaran ini, pengguna yang membuat pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet akan menerima pulangan tunai RM 3 daripada jumlah tambang mulai 13 Disember 2019 sehingga 12 Jun 2020.

Bayaran 0.10 sen bagi mendapatkan baucar tiket di kaunter teksi Putrajaya Sentral.

Bagi pemandu yang berminat untuk menjadi sebahagian komuniti #JOMTEKSI, mereka boleh berhubung dengan rakan operasi #JOMTEKSI iaitu Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya, EzCab, PicknGo dan Taxi Comfort.

Maklumat lanjut di https://www.tngdigital.com.my/urban-mobility/jomteksi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.