Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5s dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 799


Selepas pelancaran realme X2 Pro di Malaysia minggu lalu, realme kini telah memperkenalkan realme 5s ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 799.

realme 5s Malaysia

realme 5s adalah telefon pintar terbaru didalam keluarga realme 5 yang dianggotai oleh realme 5 dan realme 5 Pro.

Kebanyakkan spesifkasi realme 5 dan realme 5s adalah sama kecuali dari segi kamera dan kapasiti RAM serta storan dalaman.

Bercakap mengenai realme 5s, ianya hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 (720×1600), pemproses Snapdragon 665, 4GB RAM dan satu pilihan storan dalaman iaitu 128GB.


realme 5s kini hadir dengan tetapan sensor utama 48MP Samsung GM1, sensor lensar lebar 8MP dengan 119-darjah FoV, sensor makro 2MP dan sensor depth juga pada resolusi 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

realme 5s juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang masih mengekalkan pengunaan slot microUSB.

realme 5s akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 799 dan penjualan ‘offline’ akan bermula mulai 14 Disember 2019 melalui stor realme dan wakil penjual sah di realme (percuma 5 bekas realme).

Penjualan online pula akan bermula pada 19 Disember 2019 jam 2 petang secara eksklusif di Shopee dan anda akan menerima satu unit Realme Buds 2 secara percuma bersama-sama lima bekas berwarna edisi terhad.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.