Xiaomi Mi 5 dijangka hadir dengan butang fizikal
Satu lakaran generasi terbaru telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 5 telah tersebar di Internet dan lakaran ini memberikan kita gambaran hadapan telefon pintar Xiaomi ini.
Jika lakaran ini adalah tepat, Xiaomi Mi 5 akan menjadi telefon pintar pertama Xiaomi untuk memilki butang fizikal yang akan turut menempatkan sensor capjari.
Kesemua telefon pintar Xiaomi sebelum ini hanya hadir dengan 3 butang kapasitif dan pengenalan terbaru ini adalah untuk menempatkan sensor capjari yang dijangka akan dimiliki oleh Mi 5.
Sebelum ini, penganalisa terkemuka China, Pan Jiutang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Xiaomi Mi 5 tidak akan menggunakan teknologi sensor capjari Qualcomm UltraSonic kerana sensor ini masih belum siap untuk dilancarkan.
Ini bermaksud, Xiaomi akan mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar utama seperti Samsung, Apple yang meletakkan sensor capjari mereka pada butang ‘home’.
Sebelum ini pernah kami laporkan bahawa Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan pada bulan Februari 2016.
Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD ( sebelum ini dikatakan akan hadir dengan skrin 1080p) berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 820, GPU Aderno 530, 4GB RAM, bateri berkapasiti 3,000mAh dan MIUI 7 berasaskan Android Marshmallow.
Xiaomi Mi 5 juga dijangka hadir dengan skrin paparan yang mempunyai teknologi tekanan ‘Force Touch’ dan dengan kamera utama 16MP.
Xiaomi Mi 5 mungkin menjadi peranti utama pertama Xiaomi yang ditawarkan didalam ke semua pasaran utama dunia.