Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan mengadakan penjualan sempena Krismas selama 2 hari

Xiaomi Sale

Sempena musim perayaan Krismas yang akan tiba ini, Xiaomi ingin berkongsi sedikit kegembiraan dengan peminat produk Xiaomi di Malaysia dengan mengadakan satu penjualan khas.

Penjualan Krismas ini akan bermula esok 10 Disember (10 pagi) sehingga 11 Disember (pukul 10 malam) dan sempena perayaan ini juga, Xiaomi menawarkan dua kupon pembelian yang menawarkan diskaun RM 20 bagi pembelian mana-mana Peranti Mi ( kecuali Xiaomi Redmi Note 2) dan kupon RM 10 yang membolehkan anda mendapat diskaun RM 10 ketika membeli mana-mana aksesori Mi.

Selain itu, pada hari yang sama penjualan ini bermula, Xiaomi juga akan memperkenalkan beberapa produk dan aksesori baru bagi pasaran Malaysia.

Antara produk dan aksesori baru adalah seperti berikut:

  • Mi In-ear Headphone Pro : RM79
  • Mi Mouse Pad : RM 15
  • Filem perlindungan skrin Redmi Note 2 ( clear) : RM 15
  • Gelas perlindungan skrin Redmi Note 2 (tempered glass) : RM 18
  • Panel perkakas belakang Redmi Note 2 ( biru/hitam) : RM 18
  • Panel perkakas belakang lembut Redmi Note 2 (hitam) : RM 15
  • Panel perkakas Flip Cover Redmi Note 2 (blue) : RM 24
  • Perkakas perlindungan Powerbank 10,400mAh (hijau, biru dan hitam) : RM 18
  • Mi Selfie Stick ( kelabu dan hitam) : RM 35

Selain itu , aksesori seperti Powerbank juga akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah iaitu harga RM 56 bagi powerbank 10,400mAh, Mi Band ditawarkan pasa harga RM 59, tali tambahan Mi Band RM 13.60, Mi In Ear Headphone RM 62 dan Mi HeadPhone RM 315.

Seperti biasa, Xiaomi akan mengenakan caj penghantaran bagi pembelian kurang daripada RM 100 iaitu RM 15 bagi Lembah Klang.

maklumat lanjut di SINI

image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.