OPPO Reno16 Series akan dilancarkan pada 8 Julai – pra-tempahan kini dibuka

OPPO Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelancaran OPPO Reno16 Series yang akan berlangsung pada 8 Julai 2026.
Bersempena dengan pelancaran akan datang ini, OPPO turut telah mengumumkan bahawa kumpulan gadis terkenal di peringkat antarabangsa, BABYMONSTER, sebagai duta baharu Reno bagi beberapa pasaran terpilih.
Direka untuk generasi pengguna baharu yang menghargai kreativiti dan ekspresi diri, Reno16 Series menggabungkan bahasa reka bentuk ikonik OPPO dengan pelbagai pengalaman pengimejan dan kreativiti berasaskan AI.
Siri terbaharu ini memperkenalkan reka bentuk baharu 3D Pop Planet Design, menampilkan estetika yang berani dan unik diinspirasikan daripada visual kosmik serta konsep bahawa setiap individu adalah sebuah “planet kecil” yang penuh warna.
Dikenali dengan semangat bertenaga, pengaruh global yang kukuh serta hubungan rapat dengan golongan pengguna muda, BABYMONSTER melambangkan semangat kreativiti, keyakinan diri dan ekspresi diri yang terus menjadi identiti utama siri Reno.
Menjelang pelancaran rasmi, pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan OPPO Reno16 Series dan menjadi antara yang terawal merasai pengalaman telefon pintar terbaharu ini.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan bakal menikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,198, termasuk hadiah percuma seperti OPPO Reno16 Series x BABYMONSTER Limited Edition Gifts atau Reno16 Series Gift Box.
Jadilah antara pemilik terawal OPPO Reno16 Series serta produk IoT terbaharu. Ketahui lebih lanjut dan buat pra-tempahan model pilihan anda melalui pautan berikut:



