Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia 1

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia 2

TechLife secara rasminya telah mengumumkan pelancaran tiga produk baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman digital harian pengguna iaitu TechLife Pad Plus 2, TechLife Smart Watch L2 dan TechLife Wireless Earbuds+ 2.

Penambahan terbaharu dalam ekosistem TechLife ini menggabungkan prestasi, kemudahan dan nilai berbaloi bagi menyokong keperluan kerja, hiburan, kecergasan serta kesalinghubungan untuk pengguna yang mencari penyelesaian teknologi praktikal tanpa kompromi.

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia 3

TechLife Pad Plus 2

TechLife Pad Plus 2 direka untuk hiburan, produktiviti dan keperluan pelbagai tugas harian. ianya hadir dengan paparan berukuran 12.0 inci dengan resolusi 2K yang menawarkan visual lebih tajam serta pengalaman tontonan lebih imersif.

Selain itu, Pad Plus 2 juga membolehkan pengguna  menikmati paparan yang lebih jelas dan ruang skrin yang luas untuk keselesaan serta produktiviti lebih baik, sama ada ketika menonton video penstriman, menghadiri kelas dalam talian, melayari internet atau bekerja ketika bergerak.

Dalam pada itu, tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G100, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri berkapasiti besar 9,000mAh, membolehkan pengguna kekal produktif dan terhibur sepanjang hari dengan kurang gangguan untuk mengecas.

TechLife Pad Plus 2 (6GB+128GB) kini ditawarkan di dalam  warna Storm Grey dan Moonlight Silver pada harga RM899.

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia 4

TechLife Smart Watch L2

TechLife Smart Watch L2 direka untuk memastikan pengguna sentiasa berhubung sambil menyokong gaya hidup aktif.

Ianya dilengkapi paparan berukuran 2.02-inci dengan kecerahan sehingga 600 nits, jam pintar ini menawarkan paparan jelas untuk notifikasi, pemantauan kecergasan dan interaksi harian walaupun dalam keadaan luar yang terang.

Selain itu, jam tangan pintar ini direka dengan mengutamakan keselesaan, ia mempunyai reka bentuk ringan yang sesuai dipakai sepanjang hari. Dengan penarafan kalis air dan habuk  IP68 yang memberikan keyakinan lebih ketika bersenam, melakukan aktiviti luar atau penggunaan harian.

TechLife Smart Watch L2 akan ditawarkan pada harga RM229 dalam warna Black dan Titanium Silver.

TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2 kini rasmi di Malaysia 5

TechLife Wireless Earbuds+ 2

Melengkapkan ekosistem ini ialah TechLife Wireless Earbuds+ 2, yang direka untuk memberikan pengalaman audio menyeronokkan di mana sahaja pengguna berada.

Ia memiliki pemacu dinamik 13mm, yang berupaya menghasilkan bunyi yang lebih kaya dan berkuasa untuk muzik, video serta panggilan suara.

Selain itu, TechLife Wireless Earbuds+ 2, turut menawarkan teknologi Smart Noise Cancellation bagi membantu mengurangkan bunyi latar yang tidak diingini, membolehkan komunikasi lebih jelas serta pengalaman mendengar yang lebih fokus.

Dengan sambungan Advanced Bluetooth 6.0, pengguna boleh menikmati prestasi wayarles yang stabil serta proses gandingan lebih lancar bersama peranti yang serasi.

Bagi pengguna yang mencari teman audio mampu milik, TechLife Wireless Earbuds+ 2 hadir dalam pilihan warna Black dan Cream dengan harga hanya RM79.

Pakej Pelancaran Istimewa Menawarkan Nilai Lebih Berbaloi

Bersempena pelancaran TechLife Pad Plus 2, Smart Watch L2 dan Wireless Earbuds+ 2, TechLife turut menawarkan promosi pakej khas yang membolehkan pengguna menikmati ekosistem lengkap pada harga lebih menarik.

Promosi ini mencerminkan komitmen TechLife untuk menjadikan teknologi pintar lebih mudah diakses, sambil memperkasakan rakyat Malaysia dengan peranti yang sesuai dengan kehidupan harian serta menawarkan ciri-ciri yang benar-benar diperlukan.

Dari 19 Jun 2026 hingga 18 Julai 2026, pelanggan boleh mendapatkan TechLife Pad Plus 2 (6GB + 128GB), TechLife Smart Watch L2 Dan TechLife Wireless Earbuds+ 2 secara bersama pada harga promosi serendah RM999, berbanding nilai asal gabungan RM1,207.

Tawaran pakej terhad ini memberikan penjimatan sebanyak RM208, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menikmati set lengkap peranti pintar yang menyokong hiburan, produktiviti, komunikasi dan kecergasan dalam satu pakej mudah

Ketersediaan

TechLife Pad Plus 2, TechLife Smart Watch L2 dan TechLife Wireless Earbuds+ 2 boleh didapati melalui semua kedai rasmi realme serta platform rasmi TechLife dalam talian di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop

Pengguna yang ingin mendapatkan nilai terbaik boleh memanfaatkan tawaran pakej pelancaran khas bermula 19 Jun 2026 hingga 18 Julai 2026, selagi stok masih tersedia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.