HONOR Mengajak Rakyat Malaysia Merasai Ujian Ketahanan Luar Biasa Magic V6 di Roadshow!

Susulan aksi ketahanan HONOR Magic V6 yang tular sebelum ini, HONOR kini melancarkan siri jelajah pameran di beberapa lokasi untuk membolehkan rakyat Malaysia menguji sendiri ketahanan telefon lipat tersebut yang dilengkapi engsel Super Steel Hinge bertaraf industri. Jelajah HONOR Magic V6 bermula di Sunway Pyramid semalam dan akan diteruskan di Pavilion Bukit Jalil esok.
Selain menguji ketahanan luar biasa HONOR Magic V6, pengunjung juga boleh menyaksikan kemampuan kalis air hebat serta ciri Cross-OS Connectivity yang membolehkan sambungan lancar antara sistem operasi berbeza. Ia akan berlangsung sehingga 21 Jun, kedua-dua roadshow ini turut menawarkan hadiah menarik kepada peserta yang berjaya melengkapkan aktiviti di zon pengalaman, termasuk hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan sehingga RM130,000.
HONOR Magic V6 telah menarik perhatian rakyat Malaysia menerusi ketahanan luar biasa yang mencipta rekod, bateri terbesar dalam kelasnya, pemproses Snapdragon kelas flagship, kemampuan multitugas berasaskan AI yang canggih serta sambungan terbaik dalam industri bersama peranti Apple, menjadikannya antara telefon lipat yang paling dinanti-nantikan.
Berikut ialah aktiviti yang tersedia di zon pengalaman:
Cabaran Pull-up Bar Selama 30 Saat
HONOR Magic V6 diubah menjadi palang pull-up bagi membolehkan pelanggan merasai sendiri kekuatan Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tegangan mengagumkan sehingga 2,800MPa.
Peserta yang berjaya bertahan selama 30 saat akan menerima PERCUMA payung HONOR, tertakluk kepada stok yang tersedia.
Kalis Air IP68 dan IP69
Pengunjung boleh menguji kemampuan kalis air dan habuk IP68 serta IP69 HONOR Magic V6 melalui cabaran menarik ini.
Peserta yang berjaya mengambil guli seberat antara 650g hingga 680g dari dalam tangki air dalam masa 10 saat akan menerima HONOR Gift Diffuser secara percuma.
Selain itu, khas untuk Sabtu dan Ahad ini sahaja, peserta yang berjaya menewaskan cabaran 666g berpeluang membawa pulang HONOR Pad 10 WiFi PERCUMA. Tertakluk kepada terma dan syarat serta stok tersedia.
Pengalaman Sambungan iOS
Di zon ini, pelanggan boleh melihat bagaimana HONOR Magic V6 berfungsi dengan lancar bersama peranti Apple melalui teknologi Cross-OS Connectivity.
Pengunjung boleh memindahkan gambar ke HONOR Magic V6, kemudian menghantarnya terus ke MacBook dan menerima cetakan gambar secara percuma sebagai bukti kemampuan sambungan merentas ekosistem.
Belanja dan Menang Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai RM130,000
Bagi menambah kemeriahan, pelanggan yang membelanjakan RM999 atau lebih dalam satu resit untuk pembelian HONOR Magic V6 atau mana-mana produk HONOR sepanjang tempoh roadshow layak menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM130,000.
Tiga pemenang bertuah akan memenangi hadiah utama iaitu HONOR Pad 10 5G, manakala lima pemenang hadiah kedua akan menerima HONOR Watch 5 Ultra.
Selain itu, 10 pemenang hadiah ketiga masing-masing akan membawa pulang HONOR Pad X7. Pelbagai hadiah saguhati turut disediakan untuk memberi lebih ramai pelanggan peluang memenangi hadiah.
Seterusnya! Roadshow HONOR Magic V6 Akan Hadir ke Pulau Pinang dan Johor Bahru
Selepas berlangsung di Sunway Pyramid dan Pavilion Bukit Jalil, HONOR akan meneruskan pengalaman Magic V6 ke Pulau Pinang pada bulan Julai, diikuti Johor Bahru pada bulan Ogos.
Lokasi dan tarikh roadshow:
Sunway Pyramid, Selangor – 15 hingga 21 Jun
Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur – 17 hingga 21 Jun
Queensbay Mall, Pulau Pinang – 22 hingga 26 Julai
Mid Valley Southkey, Johor Bahru – 3 hingga 9 Ogos
Untuk maklumat terkini, ikuti halaman rasmi Facebook HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi HONOR Malaysia.



