Hisense Kekalkan Kedudukan Peneraju Global dalam TV 100 Inci ke Atas pada Suku Pertama 2026, Menetapkan Penanda Aras Baharu bagi Hiburan Rumah yang Imersif

Hisense, jenama terkemuka global dalam elektronik pengguna dan perkakas rumah, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi paparan premium pada suku pertama (Q1) 2026, serta menduduki tempat No.1 di dunia dalam kategori TV bersaiz 100 inci ke atas. Menurut data Q1 2026 daripada Omdia , bahagian pasaran global Hisense bagi TV 100 inci ke atas mencapai 55.2%.
Berdasarkan kepimpinannya dalam teknologi paparan, Hisense terus mengembangkan barisan TV premiumnya dengan siri UXS, UR9 dan UR8. Sebagai Peneraju Asal RGB MiniLED (The Origin of RGB MiniLED), Hisense terus memacu inovasi industri melalui konsep “Warna Semula Jadi dan Realistik” (Natural and Real Color) yang dikuasakan oleh Chromagic, memberikan visual yang lebih hidup, keselesaan mata yang lebih baik serta kecekapan tenaga yang dipertingkatkan kepada pengguna di seluruh dunia.
Diposisikan sebagai “Kemuncak Teknologi TV” (The Pinnacle of TV Tech), UXS mewakili inovasi flagship Hisense, manakala UR9 menawarkan pengalaman sinematik terbaik (Ultimate Cinematic) melalui prestasi RGB MiniLED premium. UR8 yang baru diperkenalkan pula memperluaskan akses kepada pengalaman RGB MiniLED berkualiti tinggi untuk lebih banyak isi rumah.
Bagi model MiniLED seperti U7 dan U6 Pro, Hisense terus memperkukuhkan kepimpinannya dalam kualiti gambar menerusi teknologi Hi-QLED MiniLED. Dengan menggabungkan teknologi peredupan setempat (local dimming) yang canggih serta inovasi kawalan cahaya proprietari, Hisense menghasilkan warna yang lebih terang dan kaya, warna hitam yang lebih mendalam, serta perincian yang lebih tajam, sekali gus mewujudkan kontras yang lebih tinggi dan pengalaman tontonan MiniLED yang lebih mengasyikkan.
Dalam segmen paparan laser, Hisense terus menolak batas hiburan rumah bertaraf sinematik dan mengukuhkan kedudukan penerajunya melalui portfolio Laser yang semakin berkembang.
Projektor Laser flagship XR10 yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan visual berskala sinema dengan tahap kecerahan tinggi, ekspresi warna yang kaya serta prestasi jangka panjang yang boleh dipercayai, memberikan pengalaman teater rumah yang imersif pada skrin sehingga 300 inci.
Pada masa akan datang, Laser TV L9Q Pro dan Laser Cinema PX4 Pro yang bakal diperkenalkan akan terus menonjolkan inovasi generasi baharu Hisense dalam hiburan skrin ultra besar, menggabungkan kecerahan yang lebih hebat, prestasi warna yang lebih halus serta pengalaman audiovisual premium untuk peminat teater rumah yang mengutamakan kualiti terbaik.
Daripada RGB MiniLED hingga paparan Laser, Hisense terus mentakrif semula hiburan rumah premium menerusi skrin yang lebih besar, warna yang lebih semula jadi dan realistik, serta pengalaman audiovisual yang lebih mengasyikkan untuk pengguna di seluruh dunia.

