Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hisense Himpunkan Peminat Sempena Final Match Fest Piala Dunia FIFA di Dataran Merdeka

Hisense Himpunkan Peminat Sempena Final Match Fest Piala Dunia FIFA di Dataran Merdeka 1

Hisense Himpunkan Peminat Sempena Final Match Fest Piala Dunia FIFA di Dataran Merdeka 2

Hisense, jenama terkemuka dalam elektronik pengguna dan perkakas rumah global, dengan bangganya menjadi salah satu rakan strategik Fiesta Piala Dunia x Uniti Merdeka 2026 dengan kerjasama RTM.

Dari 17 hingga 19 Julai 2026, Hisense menjemput orang ramai ke Hisense Football Final Match Fest di Dataran Merdeka untuk meraikan Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA dalam suasana penuh gilang-gemilang, termasuk pengalaman menonton menerusi skrin LED gergasi 30 meter yang mencipta rekod di Kuala Lumpur.

Fiesta Piala Dunia x Uniti Merdeka 2026 akan mengubah Dataran Merdeka menjadi sebuah karnival yang menggabungkan bola sepak, muzik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga. Peminat boleh memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka, menikmati persembahan hiburan secara langsung serta merasai kemeriahan luar biasa ketika perlawanan akhir paling dinanti-nantikan dunia berlangsung.

Selain aksi bola sepak, pengunjung juga boleh meneroka pelbagai reruai jualan, menyertai aktiviti interaktif daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian serta menikmati pelbagai program menarik untuk seisi keluarga.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, Hisense akan membuka reruai pengalaman khas yang membolehkan pengunjung melihat dan mencuba sendiri pelbagai inovasi terbaharu jenama itu.

Antara produk yang dipamerkan termasuk TV Mini-LED ULED terkini, Mesin Basuh Three Drum yang revolusioner, Peti Sejuk Inverter 4 Pintu berkapasiti besar serta TV MicroLED VIDAA yang canggih, bersama pelbagai produk lain. Lebih menarik, Hisense turut mengadakan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif, termasuk 9 unit TV Hisense Q6Q Series 55 inci VIDAA QLED untuk dimenangi oleh pengunjung bertuah.

Penyertaan Hisense dalam acara ini mencerminkan komitmen berterusan jenama tersebut terhadap dunia bola sepak sebagai Rakan Rasmi Piala Dunia FIFA™ untuk kejohanan ketiga berturut-turut, selepas menjadi rakan rasmi bagi Piala Dunia FIFA Russia™ 2018 dan Piala Dunia FIFA Qatar™ 2022. Melalui kerjasama berterusan dengan FIFA, Hisense terus membawa peminat lebih dekat dengan aksi di padang dengan menggabungkan detik-detik sukan bertaraf dunia bersama teknologi inovatif yang memperkayakan pengalaman menonton, berhubung dan meraikan sukan paling popular di dunia.

Melalui penyertaannya dalam Fiesta Piala Dunia x Uniti Merdeka 2026, Hisense terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memberi peluang kepada pengguna untuk merasai sendiri inovasi terkini yang ditawarkan. Orang ramai dijemput mengunjungi reruai pengalaman Hisense sepanjang festival tiga hari ini dan bersama-sama memeriahkan sambutan acara bola sepak terbesar dunia di Dataran Merdeka.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.