Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri Titan 10,001mAh

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri Titan 10,001mAh 1

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri Titan 10,001mAh 2

realme secara rasminya telah melancarkan realme P4 Power 5G di Malaysia yang menjadi telefon pintar pertama dengan bateri  melebihi 10,000mAh.

realme P4 Power 5G hadir dengan bateri Titan 10,001mAh, prestasi peringkat unggul, dan reka bentuk unik “Visible Power”.

Perintis Teknologi Bateri: Bateri Titan 10,001mAh Mentakrif Semula Daya Tahan

Selepas berinovasi selama bertahun, realme mencapai satu mercu sejarah dengan bateri telefon pintar 10,001mAh pengeluaran massa pertama di dunia menerusi realme P4 Power 5G.

Dengan teknologi anod silikon-karbon generasi baharu dan reka bentuk perlindungan C Pack serta F Pack yang advance, realme P4 Power 5G menawarkan prestasi daya tahan luar biasa sambil mengekalkan tubuh senipis 9.08mm pada hanya 219g,

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri Titan 10,001mAh 3

Selain kapasiti yang besar, realme P4 Power 5G dilengkapi dengan perlindungan keselamatan kukuh. Bateri Titan berfungsi pada kadar cemerlang dalam julat suhu ekstrem dari –30°C hingga 56°C. Ia lulus ujian mampatan rata, pengecasan berlebihan dan penjatuhan bateri, sekali gus meraih Pensijilan Keselamatan Bateri TÜV Five. Bateri ini mampu bertahan sehingga 1,650 kitaran pengecasan dan mengekalkan tahap kesihatan melebihi 80% selepas lapan tahun penggunaan.

Selain itu, realme P4 Power juga menyokong pengecasan pantas 80W dan mampu mencapai 50% dalam masa hanya 36 minit, serta pengecasan berbalik 27W terpantas di dunia untuk mengecas aksesori dan peranti lain dengan mudah.

Telefon Permainan Rasmi bagi MLBB Academy League Musim ke-5 (MAL MY S5) ini menawarkan prestasi cemerlang dan cekap dengan cip Dimensity 7400 Ultra 5G, paparan HyperGlow 4D Curve+ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak sehingga 6,500 nits dan 1.07 bilion warna.

Berdasarkan sifat siri P, realme P4 Power 5G memperkenalkan reka bentuk “Visible Power” yang mengubah elemen kejuruteraan dalaman menjadi ciri estetika. Panel belakangnya dibahagikan kepada dua zon: bahagian bawah matte mempamerkan bateri Titan 10,001mAh, dan bahagian atas telus mendedahkan litar dalaman peranti.

Tersedia dalam variasi Flash Orange yang dan Power Silver yang elegan, peranti ini juga dilengkapi penarafan IP69, IP68 dan IP66, ArmorShell Protection, Corning Gorilla Glass, audio berkuasa tinggi UltraBoom 400%, serta realme UI 7.0 terkini.

realme P4 Power 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri Titan 10,001mAh 4

Sebagai peranti siri P paling berkuasa pernah dihasilkan, realme P4 Power 5G kini dijual pada harga RM1,999 dan boleh didapatkan bermula 3 Jun 2026 melalui TikTok Shop rasmi realme. Nikmati Tawaran Pelancaran Khas dengan harga istimewa hanya RM1,599 di TikTok Shop rasmi realme dari 3 hingga 5 Jun 2026.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.