Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme P4x dan P4 Lite kini rasmi di Malaysia- harga promosi serendah RM 449

realme P4x dan P4 Lite kini rasmi di Malaysia- harga promosi serendah RM 449 1

realme P4x dan P4 Lite kini rasmi di Malaysia- harga promosi serendah RM 449 2

Selain realme P4 Power, realme turut melengkapkan siri P4 terkini dengan memperkenalkan realme P4x dan realme P4 Lite. Diletakkan sebagai ‘adik’ berkuasa kepada P4 Power 5G, kedua-dua model ini membawa kekuatan teras siri P — bateri Titan tahan lama, paparan lancar, dan bantuan AI pintar ke segmen lebih mampu milik, menawarkan prestasi sepanjang hari kepada pengguna muda tanpa sebarang kompromi.

realme P4x dan P4 Lite kini rasmi di Malaysia- harga promosi serendah RM 449 3

realme P4x: Daya Tahan Unggul dan Kebolehpercayaan Permainan

realme P4x dibina buat golongan mementingkan kuasa tahan lama dan prestasi konsisten bagi gaya hidup aktif. Terasnya adalah bateri Titan 8,000mAh — terbesar dalam segmennya, menyampaikan penggunaan sebenar selama beberapa hari.

Ia mampu menyokong hampir 10 jam permainan intensif dengan satu pengecasan penuh mencapai 9.48 jam dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan lebih 10 jam dalam PUBG.

Bateri ini diperkukuhkan dengan Teknologi Bionic Repair, menawarkan sehingga 1,600 kitaran pengecasan dan kesihatan bateri mampan selama tujuh tahun, sambil mengekalkan operasi stabil merentasi julat suhu luas dari -20°C hingga 53°C. Ia menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan songsang 6W, membolehkan telefon berfungsi sebagai bank kuasa bagi peranti lain.

Paparan P4x dilengkapi dengan Ultra Smooth 6.8 inci 120Hz dengan kecerahan puncak 900 nits, memastikan pengalaman skrol lancar, kawalan sentuhan responsif, dan kejelasan baik walaupun di bawah cahaya matahari. Ia turut menggunakan teknologi DC Dimming bebas flicker demi mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan berpanjangan.

Prestasi dikuasakan oleh cip Unisoc T7250 octa-core, disokong oleh sistem penyejukan grafit seluas 10,000mm² dan teknologi Bypass Charging bagi mengekalkan kadar bingkai stabil serta mengurangkan haba semasa sesi permainan yang panjang. AI Gaming Partner menawarkan lima pengoptimuman utama: Ultra Boost, Network Optimization, Cleanup Acceleration, Do Not Disturb, dan Game Manager.

Ketahanan merupakan antara faktor kelebihan utama, dengan struktur ArmorShell™, rintangan kejutan peringkat tentera MIL-STD-810H (mampu menahan kejatuhan dengan ketinggian sehingga 2 meter), dan penarafan IP64 terhadap habuk dan percikan air. Ciri praktikal tambahan termasuk Wet Hand Touch 2.0 dan pembesar suara yang mampu mengeluarkan habuk serta air menggunakan bunyi. Peranti ini hadir dalam reka bentuk Aero Racing Design yang memukau — Phantom Navy dan Rally White.

realme P4x dan P4 Lite kini rasmi di Malaysia- harga promosi serendah RM 449 4

realme P4 Lite: Profil Nipis, Kuasa Sepanjang Hari Mengagumkan

realme P4 Lite dilengkapi bateri Titan 7,000mAh — terbesar dalam kelasnya — di dalam badan ultra-nipis 8.38mm, telefon pintar 7,000mAh paling nipis dalam segmen ini. Ini membolehkan penggunaan sepanjang hari dengan lebih 8 jam permainan (10.4 jam dalam Free Fire) dan kesihatan bateri yang mampan selama enam tahun.

Pengecasan disokong melalui pengecasan pantas 15W dan pengecasan songsang 6W. Peranti ini dilengkapi paparan HD+ 6.8 inci 120Hz dengan kecerahan puncak 900 nits dan DC Dimming untuk paparan selesa. Prestasi didorong oleh cip Unisoc T7250 octa-core, dibina bersama sistem penyejukan grafit 10,000mm².

Pengguna akan mendapat manfaat keseluruhan daripada kecerdasan buatan, termasuk ketersediaan AI Gaming Partner, AI Editor Suite (AI Eraser, AI Clear Face, AI Image Matting), AI Outdoor Mode bagi meningkatkan kejelasan skrin dan prestasi rangkaian, serta Mini Capsule mudah pada bar status.

Sambungan diperkukuhkan oleh HyperSignal Antenna System, meningkatkan prestasi isyarat di kawasan liputan lemah.

Seperti adik-beradiknya, P4 Lite menawarkan perlindungan kukuh melalui reka bentuk ArmorShell™ dan penarafan IP64. Ia hadir dalam reka bentuk Future Tech Design moden dengan dua warna premium: Titan Grey dan Pulse Purple.

Harga dan Ketersediaan

realme P4x dan P4 Lite akan mula dijual pada 3 Jun 2026 melalui TikTok Shop rasmi realme, denagn realme P4x dijual pada harga RM999 manakala realme P4 Lite pada harga RM699.

Tawaran pelancaran istimewa termasuk realme P4x pada RM679 dan realme P4 Lite pada RM449 di TikTok Shop rasmi realme dari 3–5 Jun 2026.

Ketibaan realme P4x dan realme P4 Lite, serta wira bagi siri P4 iaitu realme P4 Power 5G, realme mengesahkan ketibaan suatu siri komprehensif, menunjukkan komitmen realme dalam menyampaikan telefon pintar berkuasa, sedia bagi situasi getir dan penuh nilai buat generasi muda, terutamanya di Malaysia. 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.